RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Sunday, April 26, 2009

Citer P Ramlee.

Video ini merupakan cerita salah satu karya agung P Ramlee yang paling aku suka Pendekar Bujang Lapok. Tapi dalam banyak-banyak scene la napa bab ni yang aku pilih. Cuba dengar bagaimana Sudin eja sekolah buta huruf tu "Alif, min, nun wau, Alif tendang Wau Sarkis da..."Hahahaha.... Sinis lagi tepat tajam terus menusuk ke jantung. Aku tak tau la apa anugerah yang Allah dah bagi kat P Ramlee tapi itu benda itu lah yang jadi satu kenyataan yang berlaku sekarang. Alif Min Nun Wau Alif tendang Wau sarkis. Sama la macam satu parti  sekarang ni parti alif min nun wau bila masing-masing dah saling tendang menendang jadilah parti berkenaan parti sarkis. Macam-macam pertunjukkan dapat kita lihat golongan yang diorang kata duri dalam daging daging la (sapa tuh?) musuh dalam selimut la baru-baru nih diterima balik menyertai parti siap berpimpin tangan lagi ngan orang yang dikutuk-kutuk nya dulu nih. Dulu kata orang melayu pantang dicabar la ni tak bertanding pula setelah mengalami kekalahan hatrik dengan alasan membazir. Hahahaha........ Pastu umum pula kata kuota 30% bumiputera @ lokal dalam Utusan dimansuhkan untuk subsektor. Subsektor? Hahahaha...... Kelakar-kelakar...... 

Benarlah kata Sudin Alif Min Nun Wau, Alif Tendang Wau Sarkis......



Sapa Alif Min Nun Wau tuh??

Monday, April 20, 2009

Jahil Agama

Sapa punya kerja gamaknya nih?? Kalau betul la marahkan PAS ngan TGNA jangan lah sampai menulis "pergi jahanam dengan Islam".. Nampak sangat orang yang menulis ni terdiri daripada golongan yang tak pernah belajar agama ataupun tak pernah belajar kat Malaysia. Kecik-kecik makayah dah hantar pergi mengaji ilmu duniawi kat barat balik-balik jadi buta agama dan buta akal. Moga-moga Allah ampun kan lah dosa manusia yang buat banner ni
Amin........

Hidup Melayu, pergi jahanam dengan Islam???? Agaknya kat kubur kelak dia belajar yang perkara pertama Allah tanya adalah apa bangsa kamu...

kesian................. 

Monday, April 13, 2009

Laporan Polis

Semenjak DS Najib mengambil alih jawatan sebagai PM nampak gayanya MCA dan MIC semakin naik lemak nampak. MCA meminta jawatan TPM atas dasar perkongsian kuasa manakala MIC meminta jawatan menteri kanan (xtau penamo eh menteri kanan 2). Persoalannya mana pergi badan-badan NGO pembela nasib orang melayu ketika ini? Mana pergi nya PEKIDA? Mana UiTM, VC UiTM yang dulu sibuk melaungkan hak-hak melayu? Mana pergi nya laporan-laporan polis mendakwa bahawa MIC dan MCA cuba menggugat kesatbilan negara?

Cuba kalau isu ini dibangkitkan pembangkang, maka berduyun-duyun lah pembela melayu (kononnya) tampil ke TV3 membuat laporan polis mengatakan "kami perjuang nasib bangsa melayu!!" Sama lah macam isu kaum tiong hua dari pembangkang membaca Al-Quran maka datang lah berduyun-duyun manusia melayu Islam kononnya mencari publisiti kat TV3 membuat laporan polis.

Woi!! Dulu si Semi Value kata "apa itu Quran boleh bikin jalan raya ka" ada ke manusia-manusia ni pergi buat laporan polis? Dulu Mahathir kata "zaman Nabi dulu xdak Gillette sebab tu la nabi xcukuq janggut" disambut dengan hilai tawa si jahil, xde pula golongan-golongan pencari publisiti ni tampil buat laporan polis kat TV3 atau pun time 2 diorang xcukup bijak nak buat laporan polis sebab xhabis mengaji? Mana pergi nya golongan pembela nasib melayu dan Islam bila Lim Liong Sik kata sebarang usaha untuk melaksanakan pemerintahan Islam ibarat memusingkan jam kebelakang? Mana perginya????

Pembohong itu semua!!!!

Tuesday, April 7, 2009

PR Mengekalkan kemenangan di dua bukit

PRK yang berlangsung di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai telah pun mendapat keputusan dan kita dapat melihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap BN selama ini. Saingan sengit terutama di Bukit Selambau dan Bukit Gantang sudah dapat dijangka keputusannya berdasarkan situasi politik masa kini yang mana majoriti rakyat menolak kepimpinan terkini BN DS Najib yang sering dilanda kontroversi di mana beliau dikaitkan dengan skandal penyalahgunaan kuasa dan pembunuhan Altantuya.

Calon PKR di Bukit Selembau, S. Manikumar, 35, memperoleh majoriti sebanyak 2,148 di mana jumlah undi yang dimenangi sebanyak 12,632 mengatasi calon BN Datuk S Ganesan 10,229. Bagi keputusan parlimen Bukit Gantang calon PAS, Ir Mohamad Nizar mengatasi calon BN Ismaill Saffian dengan majoriti undi 2,789 di mana Nizar memperoleh undi sebanyak 21,860 manakala Ismaill memperoleh undi sebanyak 19,071. Segala cakap-cakap angin serta dakyah-dakyah BN tidak mempengaruhi rakyat untuk terus menyokong PR di mana memperlihatkan sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan PR selama ini.

Bagi yang menang tahniah diucapkan dan pada mereka yang kalah dan hilang wang pertaruhan diharap muhasabah diri dan menilai mengapa rakyat menolak anda........

Wallahualam........................

Sunday, April 5, 2009

Isu PPMSI

Baru-baru ini saya di tanya kan soalan "Mengapa ko xsokong PPMSI? Bukan itu satu dasar yang baik? Cuba ko pergi mintak kerja nanti pastu bagitau yang ko xleh berbahasa Inggeris.... ak nak tgk gak cmne result nya. Tengok orang cina ngan india x bising pon pasal PPMSI. Orang india tgk lagi maju dpd org melayu sebab diorg lagi hebat berbahasa Inggeris".

Persoalannya di sini bukan lah isu kemahiran berbahasa yang ingin kita jelaskan dan  bincang kan. Ia adalah isu pemahaman terhadap subjek kritikal berkenaan serta kesannya terhadap bahasa Melayu akibat daripada keagungan pemimpin kita terhadap bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris memang lah satu perkara pokok yang penting di mana ia merupakan bahasa rasmi dunia dan mudah untuk berurusan sekiranya kita menguasai bahasa Inggeris. Masalahnya mengapa dalam penguasaan bahasa subjek sains dan matematik dijadikan sasaran? Soalan ini pernah diajukan kepada pelopor idea tersebut iatu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan PPMSI kepada kita iaitu Tun Dr Mahathir dan segala jawapan beliau dijawab oleh Shaharir b. M.Z. Dr., Mantan Profesor matematik fizik, UKM & dan mantan Profesor Matematik UMT). Rujuk link yang saya sertakan ini http://www.kesturi.net/archives/357.

 

Dalam Islam sendiri pun Nabi disuruh supaya mengajar kaum nya menggunakan bahasa yang jelas serta terang agar kaum nya faham terhadap apa yang ingin baginda sampaikan dan oleh sebab itulah bahasa Al-Quran Allah jadikan dalam bahasa arab. Kita terfikir kenapa bahasa Arab? Adakah sewaktu itu bahasa arab meerupakan lingua franca bagi tanadun manusia zaman berkenaan. Mengapa tidak digunakan bahasa Yunani atau pun bahasa Rom yang memegang tampuk pemerintahan dunia sebelum kedatangan dunia Islam. Yunani merupakan pokok segala ilmu ketika itu mengapa Allah tidak gunakan nya dalam bahasa Yunani?

 

Hikmah nya adalah kerana Allah mahu Nabi kita mengembangkan Islam dikalangan kaumnya menggunakan bahasa yang kaumnya faham serta jelas. Begitu juga dalam isu PPMSI. Dalam penguasaan bahasa Inggeris kita tidak boleh menjadikan sains dan matematik sebagai medium pemantapan bahasa Inggeris itu sendiri. Dalam usaha memantapkan bahasa kita perlu memantapkan subjek bahasa itu sendiri bukan dengan mengorban subjek lain terutama sains dan matematik. Subjek sains dan matenatik memerlukan pemahaman yang tinggi tidak cukup sekadar menghafal setiap bait-bait perkataan berkenaan. Seperti yang saya baca pendapat dari blog lain mereka juga bersetuju bahawa dalam penguasaan bahasa Inggeris jangan jadikan sains dan matematik sebagai mangsa. Mantapkan subjek berkenaan. Dia memberi cadangan supaya teknik pembelajaran bahasa Inggeris itu diajar seperti yang ditunjukkan di pusat tempat dia belajar (aku lupa pe nama tempat 2).

 

Dr Mahathir menambah di Malaysia kita kekurangan pakar penterjemahan untuk menterjemahkan ilmu-ilmu terkini kepada pelajar. Memang betul kerana saya pernah mendapat komen yang mengatakan beliau menggunakan software versi sekian-sekian malang nya dalam edisi bahasa melayu hanya terdapat versi sekian-sekian. Tapi itu bukan satu masalah kerana ini merupakan tanggung jawab DBP. Tambahan pula dakwaan sedemikian seolah-olah telah menidakkan peranan DBP sebagai penterjemah di negara ini. Dr M juga berkata banyak bahasa-bahasa Inggeris yang gagal di cari makna sebenarnya dalam bahasa melayu mengakibatkan kita terpaksa meminjam perkataan berkenaan dan dimuatkan nya ke dalam bahasa kita. Memang betul tapi bahasa Inggeris juga banyak mengambil kata dasar yang bukan berasal daripada bahasa merek seperti democracy yang di ambil daripada perkataan Yunani δημοκρατία (dēmokratía) yang terdiri daripada δμος (dêmos), "people" dan κράτος (krátos), "rule, strength", anarchy, ναρχία (anarchía, "without ruler"), science, daripada perkataan Latin scientia, bermaksud "knowledge", physics daripada perkataan physis – φύσις bermaksud "nature", math, μάθημα (máthēma), bermaksud learning, study, dan bermacam-macam perkataan lagi.

Malahan kesan daripada pengagungan bahasa Inggeris berbanding bahasa sendiri pun dapat kita lihat. Lihat sahaja negara-negara Afrika yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi lihat sahaja kedudukan negara mereka bagaimana. India juga begitu jauh lebih mundur berbanding dengan negara yang menjadikan bahasa sendiri sebagai bahasa pengatara juga bahasa ilmu. Jelas lagi bersuluh dengan menjadikan bahasa Inggeris dalam PPMSI bukan lah penyelesaian kepada masalah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar malahan ini lebih membebankan dan menjadikan masalah bertambah rumit. PPMSI memjadikan jurang perbezaan antara luar bandar dan bandar menjadi semakin jauh dan perlaksanaan nya bakal menyebabkan pelajar luar bandar semakin jauh ketinggalan. Lihat sahaja kini MRSM sekolah berasrama penuh semuanya di isi oleh anak-anak golongan berpendapatan tinggi atau golongan yang tinggal di bandar dan menyimpan anak-anak berpendapatan rendah dan luar bandar di sekolah-sekolah harian biasa. Malahan keputusan peperiksaan awam juga jelas menunjukkan kemerosotan kualiti keputusan yang terhasil daripada pelajar-pelajar yang mengambil PPMSI. Nah sudah jelas terang lagi bersuluh mengapa perlu kita menyokong PPMSI.

Bukan isu bahasa sahaja yang ingin kita ungkapkan tetapi juga masa depan negara. Dahulu kerajaan mansuhkan penulisan jawi sekarang kesannya berapa ramai anak melayu yang mampu membaca jawi dengan lancar? Kita takutkan dengan PPMSI kelak berapa ramai anak melayu yang mampu bertutur bahasa melayu dengan lancar

Wallahualam........................

Friday, April 3, 2009

First Day Message

Langkah Awal Mengembalikan Keyakinan Rakyat


Terkini dari Najib di mana beliau bersetuju untuk membebaskan 13 orang tahanan ISA berkuatkuasa serta merta, mengkaji semula akta ISA serta menarik balik larangan penerbitan akhbar Suara Keadilan dan Harakah dalam usaha menarik semula keyakinan rakyat terhadap pimpinan beliau. Beliau juga menyatakan menggunakan pendekatan berpaksikan keutamaan rakyat dalam pentadbiran beliau seperti yang dinyatakan dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 "Rakyat diutamakan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik. Tiada siapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir".





Permulaan yang baik ini diharap mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pimpinan beliau yang sebelum ini dicemari dengan pelbagai isu skandal rasuah, pembunuhan warga Mongolia, serta penyalahguaan kuasa ketika berkhidmat dalam kabinet.

Najib diangkat menjadi PM dalam keadaan politik dan ekonomi Malaysia yang sangat tidak stabil dan ini merupakan satu cabaran buat beliau berbeza dengan Paklah yang di angkat sebagai Mr Clean sewaktu awal pentadbiran beliau sebelum isu-isu kenaikan harga barang dan minyak serta skandal Tingkat 4 membelenggu pemerintahan beliau. Malahan ketika itu juga Dr Mahathir meninggal kan Malaysia dalam keadaan ekonomi dan politik yang agak stabil. Oleh itu adalah wajar pendekatan positive ini di ambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan UMNO yang dilihat semakin hari semakin uzur serta "menopous". 

Persoalannnya lah selama mana pendekatan positive ini bertahan? Adakah hanya ketika dekat-dekat PRK ini dan kembali sedia kala selepas PRK? Mampukah Najib yang berkelulusan ekonomi membawa negara ke arah ekonomi yang lebih mapan dan mantap serta berjaya menarik pelabur luar melabur di Malaysia biarpun pelbagai isu melingkari pentadbiran beliau? Mampukah beliau membendung gejala rasuah dan buruk akhlak dikalangan ahli UMNO dan ahli parlimen?

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat. Ada mata perhati, ada akal fikir.

Wallahualam..............

Thursday, April 2, 2009

Najib PM ke-6: Membenarkan Teori RAHMAN

Tanggal 3 April 2009 merupakan satu lagi tarikh bersejarah rakyat Malaysia di mana rakyat Malaysia menerima satu lagi perdana menteri nya yang ke-6 setelah Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan untuk melantik DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru di mana majlis nagkat sumpah yang dijadualkan berlangsung pada pukul 10.35 am tadi. Upacara angkat sumpah dimulai dengan mantan PM melepaskan jawatan nya sebagai PM serta pengurniaan darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) anugerah tertinggi yang membawa kepada gelaran Tun bersama isteri beliau Jeanne Abdullah, disusuli pula dengan majlis angkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke-6 oleh DS Najib Tun Abd Razak. Majlis angkat sumpah dihadiri oleh 319 tetamu kehormat termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri.

Perlantikan Najib sebagai PM yg ke-6 telah membenarkan teori RAHMAN yang selama ini membelenggu pemikiran rakyat Malaysia dengan meramalkan nama-nama PM Malaysia mengikut huruf depan namanya.

R: Tunku Abdul Rahman

A: Tun Abd Razak

H: Tun Hussien Onn

M: Tun Dr Mahathir

A: Tun Abdullah Badawi

N: DS Najib Abd Razak

Walaupun pada dasarnya ini hanyalah teori semata tetapi di sebalik teori berkenaan kita dapat simpulkan bahawa ini adalah tempoh penguasaan UMNO ke atas Malaysia dan ianya berakhir melalui Najib. Mengapa? Kerana belum lagi Najib dilantik menjadi PM terdapat banyak cerita-cerita buruk mengenai salahlaku beliau termasuk penyalah gunaan kuasa dalam urusan pembelian kapal selam scorpene, kes pembunuhan Altantuya, kisah isteri beliau yang banyak menghabiskan wang rakyat berbelanja di luar negara, cerita mengenai isu CIMB dan yang terbaru rampasan kuasa di Perak bermain-main di media alternatif sekaligus membangkitkan kemarahan rakyat khususnya yang berkecuali dan pro pembangkang. Malahan apa yang lebih mengejutkan media luar juga tidak putus-putus mengeji dan mempersendakan beliau dalam isu kapal selam scorpene berkenaan melalui penulisan artikel dan karikatur.

Keadaan ini telah meletakkan UMNO semakin parah di mata rakyat dan rakyat semakin hari semakin tidak dapat menerima lagi penguasaan UMNO dan mengharapkan kepimpinan yang lebih telus, serta mesra rakyat. Penerimaan Najib sebenarnya boleh dilihat sewaktu pilihanraya di Terengganu yang lepas di mana undian di sana menunjukkan yang beliau tidak lagi diterima oleh rakyat dan pilihan raya kecil yang akan datang ini bakal menjadi kayu pengukur beliau sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan yang baru ini. Sekiranya BN kalah juga di ketiga-tiga pilihan raya kecil ini maka kita sudah boleh agak apa yang akan terjadi pada PRU-13 kelak. Sekiranya ianya menjadi kenyataan ternyata teori RAHMAN itu benar belaka. UMNO berkubur selepas huruf N iaitu Najib.

Wallahualam...............

Tuesday, March 31, 2009

Penghinaan kepada Bakal PM Malaysia

 

Gambar di atas merupakan karikatur yang di petik daripada akhbar The Korean Times di mana menunjukkan imej bakal PM Malaysia yang dihantui oleh roh Altantuya. Persoalannya kini mengapa Najib membiarkan isu beliau yang dihina di serata dunia sekiranya beliau mendakwa yang beliau idak bersalah mahupun terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya. Mengapa tidak di saman sahaja akhbar yang membuat cerita palsu itu? Terdahulu artikel akhbar di Perancis, Liberation mengeluarkan hasil siasatan penulis berkenaan di Malaysia dan menyiarkan kaitan antara Najib dan Altantuya serta pembelian kapal selam. Perkara ini sebenarnya mendapat perhatian diseluruh dunia di mana dunia berminat mengetahui sebuah negara yang mengamalkan prinsip Islam kononnya, negara Islam paling membangun mempunyai bakal pemimpin yang rendah akhlaknya seperti Najib... 

Najib sepatutnya bangkit menentang segala pemfitnah-pemfitnah negara itu dengan menyaman mereka dan berani menyatakan kepada dunia yang beliau tidak terbabit dalam pembunuhan Altantuya bukan dengan hanya berdiam diri membiarkan segala cerita dilelong seluruh dunia sekirranya beliau benar-benar tidak bersalah. Tindakan mendiamkan diri ini telah memalukan Malaysia di mata dunia sebuah negara yang Islam kononnya memiliki pemimpin yang mempunyai skandal pembunuhan warga negara asing. Bukan itu sahaja pada karikatur itu juga terang-terangan menunjukkan bendera Malaysia. 

Kita sebagai warga negara mahukah kita dipimpin oleh pimpinan yang sebegini? Tepuk dada tanya lah selera. Jika benarlah dakwaan mereka itu maka terciptalah sejarah bahawa negara telah memiliki pemimpin yang paling rendah akhlaknya dalam sejarah di mana kes-kes sebelum ni pon da ada (Tunku Abd Rahman tengah main poker masa kejadian 13 Mei, Mahathir dengan isu kuku besi dan diktatorian) cuma kali ini lebih teruk. Pilihan raya di dua bukit dan satu batang (Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Batang Ai) bakal menjadi kayu ukur kepada pimpinan Najib yang akan datang. Keputusan ini akan memberi kesan sama ada rakyat menerima Beliau sebagai PM ataupun tidak (sekiranya pilihanraya kali ini telus tanpa pengundi hantu dan gangguan SPR).

Wallahualam...................

Monday, March 23, 2009

Pembunuhan Kebebasan Media Di Malaysia

Baru-baru ini aku mendapat laporan bahawa akhbar Harakah dan Suara Keadilan telah digantung penerbitannya selama 3 bulan berkuatkuasa 23hb March 2009 kerana kesalahan menjualnya di kawasan awam dan berita itu telah di sahkan oleh Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah. Ketika ini beliau sedang cuba merayu kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menarik balik keputusan berkenaan. Kerajaan juga telah menggunakan alasan yang sama merampas akhbar harakah di utara baru-baru ini.

Tindakan kerajaan merampas dan menggantung akhbar Harakah dan Suara Keadilan jelas telah membunuh kebebasan media di negara ini sekaligus meletakkan rakyat berada di dalam kejahilan tanpa sebarang informasi yang tepat kerana semua media massa dan media cetak di Malaysia berpihak kepada kerajaan semata-mata seperti TV3, Utusan, Berita Harian dan sebagai di samping menyembunyikan fakta sebenar bagi mengaburi mata rakyat jelata khususnya bagi mereka yang duduk di kampung-kampung ceruk-ceruk bandar yang tidak memiliki sumber maklumat yang lain selain daripada akhbar-akhbar yang disebutkan di atas. Media di negara di belenggu dengan pelbagai akta yang berjaya mengikat mereka daripada menuliskan kebenaran selain menyampaikan berita-berita palsu kepada masyarakat demi mengaburi mata rakyat supaya mereka dapat memastikan yang BN@UMNO terus berkuasa di bumi Malaysia ini.

Bermulanya era Tuanku Abdul Rahman yang mengambil alih Utusan pada tahun 1961, penciptaan akta media cetak, akta penyiaran dan penerbitan dan bermacam akta lagi la. Sehingga kini rakyat Malaysia sukar mendapatkan kebenaran bagi sesuatu berita yang disampaikan kerana setiap berita itu penuh dengan penyelewengan pembohongan serta pengubahsuain fakta bersesuaian mengikut cita rasa pemerintah. Seperti peristiwa Memali banyak fakta-fakta kes di sembunyikan daripada pengetahuan umum, kes di mana Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) mengatakan isu Tuhan samseng di ulang tayang berulang kali tanpa mendapatkan penjelasan sebenar daripada TGNA, isu tuhan mencarut dan berbagai lagi siri penipuan dilakukan. Sudah nya bagi pihak yang berkecuali dan bukan pro kerajaan mengambil langkah memilih internet sebagi media alternatif bagi mendapatkan sumber informasi dan membuat perbandingan bagi kedua-dua kejadian bagi mencari di mana titik kebenarannya.

Yang pasti manusia mereka boleh tipu tetapi Allah S.W.T maha mengetahui kerana Dia maha melihat. Anda tipu hari ini di sana bersedia lah dengan segala penipuan yang telah anda lakukan

Wallahualam..............................

Thursday, March 19, 2009

Cerite Lawak daripada UMNO

"Bila wartawan kemuka soalan kepada Tengku Ahmad Rithauddeen kenapa hanya Ali rustam je yang kena sebab Khairy pun rasuah jugak? Dia jawab macam kes bunuh jugak, yang bunuh tikam dua puluh kali dengan tikam sekali tentulah tidak sama hukumannya. "

Hahaha..... gelak besar ak di buat nya. Xpernah ak dengar lawak yang sebegitu jahil yang kalau bagi orang x sekolah fikir pon diorang boleh wat keputusan la. Orang yg tikam sekali ngan tikam 20 kali xsama hukuman?? Mana Fatwa dia ambik ni? Undang yahudi mana plak yg Tengku tu da ikut??? Kalau da UMNO 2 UMNO gak la. Parti yang sentiasa mempunyai cerita-cerita pelbagai untuk dikongsi seperti kelakar (mostly), sedih, marah, dan pelbagai lagi la. Macam mana boleh lain tu. Kalau da nama pun kes bunuh ko tikam berapa kali pon bila da klasifikasi kes bunuh hukamannya tetap hukum gantung sampai mati. Sama la mcam kess rasuah. Da nama pon rasuah ko rasuah sekali ngan rasuah 20 kali rasuah tetap berlaku. Mungkin si Khairi tu baru rasuah sekali esok lusa nak tunggu dia rasuah berpuluh-puluh kali berjuta-juta kali baru la Lembaga Disiplin UMNO nk ambik tindakan. Tu baru Khairi, 2 c Azalina Othman yang kantoi bile orang bawahannya bawak RM 70ribu dalam kereta apa cerita. Ali Rustam je yang kena yang sejumlah besar Ahli lain yg rasuah macam mana kira plak????

Pendek kata Ali Rustam,Isa Samad hanya lah kambing hitam UMNO dalam usaha diorang nak mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO yang semakin parah di landa masalah rasuah dalam parti (politik wang dalam kamus UMNO) malang nya usaha 2 semakin menampakkan kelemahan dan kebodohan mereka....

Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan...Alang-alang nk menghapuskan rasuah hapuskan sehingga ke peringkat pucuk pimpinan sekali.

P/S: Kenyataan yg menggalakkan manusia membunuh dengan sekali tikam je sebab klu sx tikam hukuman nya x sama dengan tikam banyak kali.

Tuesday, February 10, 2009

Derhaka Punya Cerita

Akibat pengambilalihan kuasa oleh BN daripada tangan Pakatan Rakyat serta sikap berat sebelah Sultan Perak dalam kes ini yang lebih memihak kepada BN (aku tau sebab nya nanti ak cite dalam post yg lain) Karpal Singh yang juga Ahli parlimen Bukit Gelugor telah memfailkan kan saman ke atas Tuanku Raja Azlan Shah sebagai defenden pertama dan parti BN sebagai Defenden yang kedua di Mahkamah Tinggi Ipoh. Susulan daripada kejadian berkenaan terdapat pihak-pihak tertentu seperti gabungan badan-badan NGO melayu, UMNO, mahasiswa-mahasiswa universiti mengecam tindakan Karpal dan juga Nizar dengan mengatakan mereka adalah penderhaka kerana cubaan mencabar kedaulatan Sultan Perak. Tindakan Nizar telah memalukan orang melayu kerana telah membenarkan dirinya dipergunakan oleh kaum lain mencabar kedaulatan serta ketuanan bangsa melayu di bumi melayu ini walaupun Nizar sekeras-keras nya menafikan turut sama terlibat dalam usaha menyaman Sultan Perak itu.
Ini merupakan satu isu yang sangat menarik untuk dibincangkan kerana kejadian ini seolah-olah pertama kali berlaku di Malaysia ang melibatkan bangsa melayu menderhaka kepada Raja yang merupakan lambang ketuanan Bangsa Melayu. Persoalan nya adakah ini kali pertama??
Kita kembali ke tahun di mana Tun Hussien Onn sebagai PM ketika itu yang mana senarionya itu berlaku di Perak jugalebih kurang macam yang berlaku sekarang. Cerita dan Alkisah nya bermula begini:
""MB Perak ketika itu pada tahun 1974 Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa kepada Tajol Rosli Ghazali telah abih penggal pemerintahan nya sebagai MB dan Sultan Perak ketika itu Sultan Idris Shah tidak berkenan untuk melantik beliau sebagai MB semula kerana beliau pernah ditahan polis atas satu kes rasuah. Bagaimana pun MB tidak mahu melepaskan jawatan nya dan menggunakan alasan sama seperti yang Nizar ni buat dan ini telah menimbulkan masalah antara Sultan dan MB. Pemuda UMNO ketika itu pula memberikan pandangan “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.” Rentetan daripada peristiwa itu Sultan Idris bernazar bahawa beliau tidak akan bercukur dan berjamban sehinggalah MB tidak berundur daripada jawatan nya dan baginda benar-benar melaksanakan nazar itu dengan menemui rakyat jelata dalam keadaan tidak bercukur dan berjamban sehinggalah Ghazali Jawi berundur daripada kerusi MB iupun atas nasihat Tun Hussien Onn bukan daripada kehendak Sultan. Setelah beliau berundur barulah Sultan membersihkan kembali muka baginda.""
Itu baru satu daripada kes penderhakaan terhadap Sultan yang disembunyikan oleh media. berikut adalah beberapa lagi kes penderhakaan yang berlaku tetapi tidak semua daripada kita yang tau akan kes berkenaan.
1. Pendedahan Tun Ghaffar Baba terhadap tingkah laku di dewan parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
2. Pendedahan menteri kabinet mengenai pemilikan saham-saham Telekom sejumlah 100,000 unit serta pemberian konsesi pembalakan dengan mengadakan demonstrasi jalanan
3. Pengulangtayangan filem-filem melayu lama yang menunjukkan kebodohan raja-raja melayu sperti Musang Berjanggut
4. Ahli Parlimen Arau waktu itu, Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka.
5. Penarikan Imuniti raja-raja melayu dengan mewujudkan mahkamah khas buat mereka mengakibatkan karpal berani menggunakan perlembagaan menyaman Sultan Perak.
6. Perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun takhta.
7. Tunjuk perasaan pada 29 April 1993 apabila Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.
8. Tunjuk Perasaan penyokong-penyokong Idris jusoh kerana mahukan Idris Jusih sebagi MB terengganu pada pilihan raya yang lepas
9. Mahkamah membenarkan kes Saman Almarhum Tuanku Jaafar yang dikeluarkan oleh Bank Standard Charterd sebanyak USD $ 1 million dan menolak tuntutan baginda untuk menarik semula kes saman berkenaan.
Kesimpulannya kes penderhakaan terhadap raja-raja melayu beza nya tidak ramai daripada kita yang tahu dan kalau ada yang tau pun mereka hanya duduk berdiam diri samalah macam media masa kat Malaysia ni kerana kebanyakkan kes penderhakaan itu di buat oleh UMNO raja baru orang melayu. Bila penderhakaan itu datang daripada pembangkang barulah diorang sibuk bangkit kata kurang ajar, penderhaka, xlayak jadi orang melayu dan bermacam-macam lagi lah gelaran hanya kerana mereka itu bukan orang UMNO.
sekian.......

Perletakan Jawatan MB

Keadaan di Perak sangat lah tidak stabil ketika ini di mana dua parti politik bertempur mahu mempertahankan jawatan masing-masing yang mana berlakunya rampasan kuasa di kalangan UMNO dan Pakatan Rakyat setelah 3 Adun pakatan rakyat mengambil keputusan untuk keluar parti menjadikan majoruti menang mudah mereka telah di nafikan sehingga menjadi 28 Pakatan Rakyat dan BN 28 manakala adun Bebas 3. Daripada kajian yang telah saya buat saya mendapati bahawa tindakan MB Perak mempertahan kan jawatan beliau adalah perlu kerana dalam perundangan perlembagaan jawatan MB boleh di lucutkan dalam satu sidang di mana undi tidak percaya di ambil dan serta merta berlaku lah perlucutan jawatan MB ataupun mana-mana pemimpin di dunia ini. begitulah cara nya seseorang pemimpin di paksa meletakkan jawatan nya bukan lah dengan cara tergopah gapah dan membabi buta seperti yang di lakukan oleh pemimipin BN sekarang.
Memang benar BN kini telah berjaya membentuk majoriti mudah dan parti yang membentuk majoriti mudah berhak menubuhkan kerajaan tetapi kita perlu ingat bahawa MB perak ketika ini iaitu Nizar Jamaluddin masih hidup dan masih memegang jawatan dan kita perlu lah menghormati beliau sebagai pemimpin negeri ketika ini. Lakukan secara Demokrasi seperti yang kita sibuk laung-laungkan sebelum ini, buat undi tidak percaya untuk memaksa beliau meletak jawatan seperti yang Anwar cuba buat di Parlimen (malangnya tidak berjaya dan usul undi tidak percaya telah di tolak berulang kali). Kini terserlah lah kerakusan pemimpin BN menghambat pemimpin Parti lain dengan kurang ajar nye (kes saman 2 Sultan nnti dulu ye saya masih menkaji lagi). Fail-fail kerajaan telah dicuri, MB Nizar terkejut kerana laci-laci yang mengandungi fail-fail rahsia kerajaan telah hilang dan laci menjadi kosong, beliau dihambat keluar daripada bangunan kerajaan negeri seperti orang kaya menghambat pengemis. Cuba kita kenang kembali sewaktu kerajaan Pakatan memenangi pilihan raya mereka tidak pula menghambat keluar bekas MB Tajol Rosli ketika itu dan memberi beliau masa selama sebulan untuk keluar daripada kediaman rasmi MB.
Dalam proses demokrasi ini saya terkenang cerita Star Wars Episode I: The Phantom Menace di mana Queen Amidala mengusulkan undi tidak percaya kepada Canselor Valorum sekaligus membawa kejatuhan kuasa beliau dan membawa kepada perlantikan Canselor Palpatine sebagai canselor baru bagi The Republic. Kepada mahasiswa-mahasiswa yang mengaku dirinya mahasiswa dan berbangga dengan gelaran mahasiswa renung-renungkan dan jangan jadikan sumber media terhad anda itu untuk membuat ulasan.
Allah selamatkan Islam dan Malaysia!!!

Friday, February 6, 2009

Karenah Birokrasi



Baru-baru ni saya melawat rumah saudara yang terletak dekat Felda Jaya Negeri Sembilan. Memang satu kawasan yang agak besar daripada tanah peneroka Felda Raja Alias (dahulu dikenali sebagai Serting) dan hasil daripada itu juga ramai lah golongan peneroka di kawasan felda Raja Alias yg menjadi jutawan segera. Apa yang menarik nya di sini adalah status pembeli rumah itu hendaklah terdiri daripada mereka-mereka yang merupakan golongan peneroka, staff felda, anak peneroka. Rumah yang luasnya lebih kurang antara 1393 k.p hingga 1557 k.p beserta dengan tanah lot yang luas nya boleh memuatkan kira-kira enam biji kereta menjadi rebutan ramai kerana harga yang ditawarkan begitu rendah sehinggakan ramai di antara mereka yang gagal memiliki rumah berkenaan. Harga yang ditawar kan adalah sekitar RM 140k++. Siapa-siapa pun dengarkan hal ini boleh jadi gile kerana harga yang sangat murah dan rumah sebegitu sukar didapati sekarang untuk harga yang sebegitu rendah. Oleh kerana permintaan melebihi daripada unit yang di bina maka berlaku lah di sini apa yang di katakan "karenah birokrasi". Unit-unit rumah berkenaan hanya di jual dikalangan sahabat handai, kenalan, ataupun mereka-mereka yang mempunyai kepentingan. Amat lah malang apabila kita mendengarkan akan hal ini kerana di antara mereka-mereka itu merupakan golongan yang berpendapatan tinggi, memiliki rumag sendiri yang besar, pegawai-pegawai tinggi kerajaan malahan di kalangan ahli-ahli politik. Sebelum projek itu siap lagi mereka awal-awal "membooking" beberapa unit untuk kepentingan mereka sedangkan mereka yang benar-benar memerlukan rumah sendiri di abaikan. Saudara saya di katakan bernasib baik setelah merayu selama setahun barulah unit yang murah di berikan pada mereka itupun setelah dia mengugut untuk membawa hal ini ke atas.

Apa yang dikesalkan di sini adalah mereka yang benar-benar memerlukan di abaikan dan kenalan sendiri "yang tak berapa memerlukan" di utamakan. Itu adalah salah satu contoh kecil la karenah birokrasi di Malaysia. Malang bagi golongan bawahan kerana sering menjadi mangsa golongan-golongan seperti ini. Apa yang kita mahukan supaya kerajaan lebih tegas terhadap golongan mangkuk seperti ini demi keadilan dan kesejahteraan negara.

Tuesday, January 20, 2009

Assabiyyah

from http://bertamadun.wordpress.com/2008/10/04/guan-eng-harap-islam-jadi-teras-rapatkan-silaturrahim/

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.”Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.“Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.”Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.”Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Ma�ruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.
“Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua,” kata beliau.Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau. “Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.“Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.”Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan,” kata Guan Eng.Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.
“Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.
“Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.
“Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Ma�ruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin,” kata beliau mengakhiri perutusannya. _
Dilihat secara positive nya bukan semua ahli DAP yang mangkuk macam Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Lim Guan Eng adalah contoh masyarakat bukan melayu yang sangat menghormati orang melayu da orang islam khususnya termasuk lah menaikkan elaun guru KAFA yang xpernah naik2 semenjak GERAKAN memerintah Pulau Pinang. Tambahan pula beliau juga tutut memberi pengiktirafan pada golongan Al-Hafiz Pulau Pinang dengan memberi sumbangan kepada mereka sama ada yang masih belajar ataupun sedang mengajar. Orang cina sendiri mengakui akan Islam sebagai teras perpaduan kaum malang lah bagi kita orang melayu yang sibuk melaungkan ketuanan orang melayu seperti anjing menyalak bukit. Malahan apa yang lebih membangga kan yang beliau Lim Guan Eng sangat mengagumi pememrintahan yang dilakukan oleh khalifah Umar Abdul Aziz (ada x pemimpin UMNO yg buat cm2). Henti-hentikan lah sikap assabiyah ini dan kembalilah kepada Al-Quran dan Assunnah sebagai panduan hidup. Sikap assabiyah yang diasaskan oleh orang2 yang berfahaman barat ni bakal merugikan kita sendiri. Ambillah contoh perjuangan Empayar Islam terdahulu yang menganggap semua manusia adalah bersaudara tanpa mengira nas2 kaum dan agama. Kerana fahaman assabiyyah arab berpecah belah. Apabila Palestine di serang masyarakat arab mendiam kan diri membisu mengikut telunjuk US da Israel laknatullah. Ambillah iktibar dpd empayar Islam terdahulu yang apabila saudara nya diserang mereka beramai2 menghantar para tentera membantu saudara mereka tanpa mengira kaum dengan satu matlamat sebagai satu tentera Islam yang bersaudara.
Renung-renungkan lah...........
 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes