RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Wednesday, November 12, 2008

Kemenangan Obama bakal mengubah landskap politik dunia??



Kemenangan Barrack Obama dalam pemilihan presiden US baru2 ni di ramal kan bakal mengubah suasana politik dunia yang mana sebelum ini kucar kacir dikerjakan oleh Bush Laknatullah. Berdasarkan latar belakang Obama itu sendiri dilihat bahawa situasi kemelut dunia yg meruncing sekarang terutama perbalahan di timur tengah Obama mampu menangani nya dengan bijak dan adil. Tapi persoalannya adakah beliau mampu?? Jika dilihat pada situasi US ketika ini siapa shj pun presidennya polisi US terhadap kepentingan Israel tidak pernah berubah. Sebelum pemilihan presiden lagi Obama awal2 sudah mengatakan isu pendamaian antara Palestine dan Yahudi Israel sukar dilaksanakan. Kerana apa? Kerana di US golongan yahudi di sana sudah memegang sebahagian besar pengaruh US termasuk dalm segi politik dan ekonomi malahan pemilihan presidennya juga peerlu mendapat perkenan daripada persatuan yahudi US yang nama nya ak da lupa (American Jewish Committee @ American Jewish Congress klu x silap ak). Politik di US sememangnya akan sentiasa memberi manfaat kepada golongan yahudi Israel xkisah la siapan presidennya. Dari segi ekonomi pula syarikat-syarikat besar tokoh2 korporat US kebanyakkan nya adalah yahudi. Bill Gates, Dell, Steven Spielberg dan ramai lagi lah memgang kuat ekonomi US sehinggakan turut mempengaruhi politik US. So kesimpulannya jangan lah berharap sangat yang kita umat islam terutamanya yang Amerika akan mengubah polisinya terhadap Islam sebab yang berkuasa di US bukan lah presidennya. Presiden mereka hanyalah boneka yang dikawal oleh tukang boneka yang dahsyat lagi kejam dan sama sekali tidak akan memberi peluang untuk kita umat Islam hidup dengan aman di bumi Allah ni. Sememangnya dalam Al-Quran pun ada sebut bahawa mereka org yahudi dan kafir2 tidak akan duduk diam selagi xdapat nk menjahanam kita umat islam. sebagai contoh mudah kita boleh ambil Barrack Obama baru je dipilih rakyat US jadi "the next USA president" dia da umumkan akan menentang program nuklear Iran yang dikatakan boleh menggugat keselamatan antarabangsa.



P/S: Keselamatan antarabangsa ke keselamatan adik tiri belah mak dia punya pakcik sedar punya sepupu (Israel)???

Monday, November 10, 2008

Minyak punye pasal lagi

Baru-baru ni aku terdengar kesudian kerajaan menurunkan lagi harga minyak sejajar dengan penurunan minyak dunia yang berlegar disekitar USD 70/barrel sebagai menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap peningkatan harga keperluan akibat peningkatan harga minyak. Terbaru minyak yang diumumkan kerajaan adalah berharga RM2.15/L iaitu murah 15sen daripada yang terdahulu. Sebenarnya isu minyak ni satu isu da lapuk sampai aku fikir rakyat da ambik pot da skang lantak korang le nak naik kan ke nak turunkan ke. Demo sana sini pon camtu jugak xberubah. Kutuk sikit masuk ISA. Harga keperluan kita sekarang ni da meningkat dengan akibat hasil peningkatan harga minyak dengan dahsyatnya dan kita berfikir masih adakah harapan untuk ia nya turun kembali. Jawapan nye: Kim Salam...!!! Nak naik memang senang tapi tang nak turun tu pnye la liat. Dulu naikkan barang sebab kata harga minyak da naik so barang pon naik. Skang harga minyak da turun harga barang xturun2 lagi naik lagi ada la. Tu baru cerita pasal harga barang belum lagi isu tambang bas. Dulu tambang bas sebelum raya daripada Bahau ke Serting Hilir (ambik cth tempat ak la senang) RM2.50 sehala. La ni RM 4.00. Dahsyat memang dahsyat. Alasan kerajaan menaikkan tambang bas sebab memahami masalah pengusaha bas tapi xpaham plak masalah pengguna bas. tahun depan plak tambang teksi naik tapi ak xtau la berapa banyak sebab ak xpenah naik teksi. Hai entah lah.......... kesian rakyat negara ni. da la pendapatan ciput je (org melayu terutama nya) harga2 barang naik, minyak naik xnak turun2, tambang bas naik. Satu jela yang turun. Saham kat BSKL yg xpenah naik2. Oopss ada lagi Pak Lah yang baru je menurunkan diri dpd jawatan PM.
 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes