RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Sunday, April 26, 2009

Citer P Ramlee.

Video ini merupakan cerita salah satu karya agung P Ramlee yang paling aku suka Pendekar Bujang Lapok. Tapi dalam banyak-banyak scene la napa bab ni yang aku pilih. Cuba dengar bagaimana Sudin eja sekolah buta huruf tu "Alif, min, nun wau, Alif tendang Wau Sarkis da..."Hahahaha.... Sinis lagi tepat tajam terus menusuk ke jantung. Aku tak tau la apa anugerah yang Allah dah bagi kat P Ramlee tapi itu benda itu lah yang jadi satu kenyataan yang berlaku sekarang. Alif Min Nun Wau Alif tendang Wau sarkis. Sama la macam satu parti  sekarang ni parti alif min nun wau bila masing-masing dah saling tendang menendang jadilah parti berkenaan parti sarkis. Macam-macam pertunjukkan dapat kita lihat golongan yang diorang kata duri dalam daging daging la (sapa tuh?) musuh dalam selimut la baru-baru nih diterima balik menyertai parti siap berpimpin tangan lagi ngan orang yang dikutuk-kutuk nya dulu nih. Dulu kata orang melayu pantang dicabar la ni tak bertanding pula setelah mengalami kekalahan hatrik dengan alasan membazir. Hahahaha........ Pastu umum pula kata kuota 30% bumiputera @ lokal dalam Utusan dimansuhkan untuk subsektor. Subsektor? Hahahaha...... Kelakar-kelakar...... 

Benarlah kata Sudin Alif Min Nun Wau, Alif Tendang Wau Sarkis......



Sapa Alif Min Nun Wau tuh??

Monday, April 20, 2009

Jahil Agama

Sapa punya kerja gamaknya nih?? Kalau betul la marahkan PAS ngan TGNA jangan lah sampai menulis "pergi jahanam dengan Islam".. Nampak sangat orang yang menulis ni terdiri daripada golongan yang tak pernah belajar agama ataupun tak pernah belajar kat Malaysia. Kecik-kecik makayah dah hantar pergi mengaji ilmu duniawi kat barat balik-balik jadi buta agama dan buta akal. Moga-moga Allah ampun kan lah dosa manusia yang buat banner ni
Amin........

Hidup Melayu, pergi jahanam dengan Islam???? Agaknya kat kubur kelak dia belajar yang perkara pertama Allah tanya adalah apa bangsa kamu...

kesian................. 

Monday, April 13, 2009

Laporan Polis

Semenjak DS Najib mengambil alih jawatan sebagai PM nampak gayanya MCA dan MIC semakin naik lemak nampak. MCA meminta jawatan TPM atas dasar perkongsian kuasa manakala MIC meminta jawatan menteri kanan (xtau penamo eh menteri kanan 2). Persoalannya mana pergi badan-badan NGO pembela nasib orang melayu ketika ini? Mana pergi nya PEKIDA? Mana UiTM, VC UiTM yang dulu sibuk melaungkan hak-hak melayu? Mana pergi nya laporan-laporan polis mendakwa bahawa MIC dan MCA cuba menggugat kesatbilan negara?

Cuba kalau isu ini dibangkitkan pembangkang, maka berduyun-duyun lah pembela melayu (kononnya) tampil ke TV3 membuat laporan polis mengatakan "kami perjuang nasib bangsa melayu!!" Sama lah macam isu kaum tiong hua dari pembangkang membaca Al-Quran maka datang lah berduyun-duyun manusia melayu Islam kononnya mencari publisiti kat TV3 membuat laporan polis.

Woi!! Dulu si Semi Value kata "apa itu Quran boleh bikin jalan raya ka" ada ke manusia-manusia ni pergi buat laporan polis? Dulu Mahathir kata "zaman Nabi dulu xdak Gillette sebab tu la nabi xcukuq janggut" disambut dengan hilai tawa si jahil, xde pula golongan-golongan pencari publisiti ni tampil buat laporan polis kat TV3 atau pun time 2 diorang xcukup bijak nak buat laporan polis sebab xhabis mengaji? Mana pergi nya golongan pembela nasib melayu dan Islam bila Lim Liong Sik kata sebarang usaha untuk melaksanakan pemerintahan Islam ibarat memusingkan jam kebelakang? Mana perginya????

Pembohong itu semua!!!!

Tuesday, April 7, 2009

PR Mengekalkan kemenangan di dua bukit

PRK yang berlangsung di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai telah pun mendapat keputusan dan kita dapat melihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap BN selama ini. Saingan sengit terutama di Bukit Selambau dan Bukit Gantang sudah dapat dijangka keputusannya berdasarkan situasi politik masa kini yang mana majoriti rakyat menolak kepimpinan terkini BN DS Najib yang sering dilanda kontroversi di mana beliau dikaitkan dengan skandal penyalahgunaan kuasa dan pembunuhan Altantuya.

Calon PKR di Bukit Selembau, S. Manikumar, 35, memperoleh majoriti sebanyak 2,148 di mana jumlah undi yang dimenangi sebanyak 12,632 mengatasi calon BN Datuk S Ganesan 10,229. Bagi keputusan parlimen Bukit Gantang calon PAS, Ir Mohamad Nizar mengatasi calon BN Ismaill Saffian dengan majoriti undi 2,789 di mana Nizar memperoleh undi sebanyak 21,860 manakala Ismaill memperoleh undi sebanyak 19,071. Segala cakap-cakap angin serta dakyah-dakyah BN tidak mempengaruhi rakyat untuk terus menyokong PR di mana memperlihatkan sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan PR selama ini.

Bagi yang menang tahniah diucapkan dan pada mereka yang kalah dan hilang wang pertaruhan diharap muhasabah diri dan menilai mengapa rakyat menolak anda........

Wallahualam........................

Sunday, April 5, 2009

Isu PPMSI

Baru-baru ini saya di tanya kan soalan "Mengapa ko xsokong PPMSI? Bukan itu satu dasar yang baik? Cuba ko pergi mintak kerja nanti pastu bagitau yang ko xleh berbahasa Inggeris.... ak nak tgk gak cmne result nya. Tengok orang cina ngan india x bising pon pasal PPMSI. Orang india tgk lagi maju dpd org melayu sebab diorg lagi hebat berbahasa Inggeris".

Persoalannya di sini bukan lah isu kemahiran berbahasa yang ingin kita jelaskan dan  bincang kan. Ia adalah isu pemahaman terhadap subjek kritikal berkenaan serta kesannya terhadap bahasa Melayu akibat daripada keagungan pemimpin kita terhadap bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris memang lah satu perkara pokok yang penting di mana ia merupakan bahasa rasmi dunia dan mudah untuk berurusan sekiranya kita menguasai bahasa Inggeris. Masalahnya mengapa dalam penguasaan bahasa subjek sains dan matematik dijadikan sasaran? Soalan ini pernah diajukan kepada pelopor idea tersebut iatu individu yang bertanggungjawab memperkenalkan PPMSI kepada kita iaitu Tun Dr Mahathir dan segala jawapan beliau dijawab oleh Shaharir b. M.Z. Dr., Mantan Profesor matematik fizik, UKM & dan mantan Profesor Matematik UMT). Rujuk link yang saya sertakan ini http://www.kesturi.net/archives/357.

 

Dalam Islam sendiri pun Nabi disuruh supaya mengajar kaum nya menggunakan bahasa yang jelas serta terang agar kaum nya faham terhadap apa yang ingin baginda sampaikan dan oleh sebab itulah bahasa Al-Quran Allah jadikan dalam bahasa arab. Kita terfikir kenapa bahasa Arab? Adakah sewaktu itu bahasa arab meerupakan lingua franca bagi tanadun manusia zaman berkenaan. Mengapa tidak digunakan bahasa Yunani atau pun bahasa Rom yang memegang tampuk pemerintahan dunia sebelum kedatangan dunia Islam. Yunani merupakan pokok segala ilmu ketika itu mengapa Allah tidak gunakan nya dalam bahasa Yunani?

 

Hikmah nya adalah kerana Allah mahu Nabi kita mengembangkan Islam dikalangan kaumnya menggunakan bahasa yang kaumnya faham serta jelas. Begitu juga dalam isu PPMSI. Dalam penguasaan bahasa Inggeris kita tidak boleh menjadikan sains dan matematik sebagai medium pemantapan bahasa Inggeris itu sendiri. Dalam usaha memantapkan bahasa kita perlu memantapkan subjek bahasa itu sendiri bukan dengan mengorban subjek lain terutama sains dan matematik. Subjek sains dan matenatik memerlukan pemahaman yang tinggi tidak cukup sekadar menghafal setiap bait-bait perkataan berkenaan. Seperti yang saya baca pendapat dari blog lain mereka juga bersetuju bahawa dalam penguasaan bahasa Inggeris jangan jadikan sains dan matematik sebagai mangsa. Mantapkan subjek berkenaan. Dia memberi cadangan supaya teknik pembelajaran bahasa Inggeris itu diajar seperti yang ditunjukkan di pusat tempat dia belajar (aku lupa pe nama tempat 2).

 

Dr Mahathir menambah di Malaysia kita kekurangan pakar penterjemahan untuk menterjemahkan ilmu-ilmu terkini kepada pelajar. Memang betul kerana saya pernah mendapat komen yang mengatakan beliau menggunakan software versi sekian-sekian malang nya dalam edisi bahasa melayu hanya terdapat versi sekian-sekian. Tapi itu bukan satu masalah kerana ini merupakan tanggung jawab DBP. Tambahan pula dakwaan sedemikian seolah-olah telah menidakkan peranan DBP sebagai penterjemah di negara ini. Dr M juga berkata banyak bahasa-bahasa Inggeris yang gagal di cari makna sebenarnya dalam bahasa melayu mengakibatkan kita terpaksa meminjam perkataan berkenaan dan dimuatkan nya ke dalam bahasa kita. Memang betul tapi bahasa Inggeris juga banyak mengambil kata dasar yang bukan berasal daripada bahasa merek seperti democracy yang di ambil daripada perkataan Yunani δημοκρατία (dēmokratía) yang terdiri daripada δμος (dêmos), "people" dan κράτος (krátos), "rule, strength", anarchy, ναρχία (anarchía, "without ruler"), science, daripada perkataan Latin scientia, bermaksud "knowledge", physics daripada perkataan physis – φύσις bermaksud "nature", math, μάθημα (máthēma), bermaksud learning, study, dan bermacam-macam perkataan lagi.

Malahan kesan daripada pengagungan bahasa Inggeris berbanding bahasa sendiri pun dapat kita lihat. Lihat sahaja negara-negara Afrika yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi lihat sahaja kedudukan negara mereka bagaimana. India juga begitu jauh lebih mundur berbanding dengan negara yang menjadikan bahasa sendiri sebagai bahasa pengatara juga bahasa ilmu. Jelas lagi bersuluh dengan menjadikan bahasa Inggeris dalam PPMSI bukan lah penyelesaian kepada masalah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar malahan ini lebih membebankan dan menjadikan masalah bertambah rumit. PPMSI memjadikan jurang perbezaan antara luar bandar dan bandar menjadi semakin jauh dan perlaksanaan nya bakal menyebabkan pelajar luar bandar semakin jauh ketinggalan. Lihat sahaja kini MRSM sekolah berasrama penuh semuanya di isi oleh anak-anak golongan berpendapatan tinggi atau golongan yang tinggal di bandar dan menyimpan anak-anak berpendapatan rendah dan luar bandar di sekolah-sekolah harian biasa. Malahan keputusan peperiksaan awam juga jelas menunjukkan kemerosotan kualiti keputusan yang terhasil daripada pelajar-pelajar yang mengambil PPMSI. Nah sudah jelas terang lagi bersuluh mengapa perlu kita menyokong PPMSI.

Bukan isu bahasa sahaja yang ingin kita ungkapkan tetapi juga masa depan negara. Dahulu kerajaan mansuhkan penulisan jawi sekarang kesannya berapa ramai anak melayu yang mampu membaca jawi dengan lancar? Kita takutkan dengan PPMSI kelak berapa ramai anak melayu yang mampu bertutur bahasa melayu dengan lancar

Wallahualam........................

Friday, April 3, 2009

First Day Message

Langkah Awal Mengembalikan Keyakinan Rakyat


Terkini dari Najib di mana beliau bersetuju untuk membebaskan 13 orang tahanan ISA berkuatkuasa serta merta, mengkaji semula akta ISA serta menarik balik larangan penerbitan akhbar Suara Keadilan dan Harakah dalam usaha menarik semula keyakinan rakyat terhadap pimpinan beliau. Beliau juga menyatakan menggunakan pendekatan berpaksikan keutamaan rakyat dalam pentadbiran beliau seperti yang dinyatakan dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 "Rakyat diutamakan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik. Tiada siapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir".





Permulaan yang baik ini diharap mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pimpinan beliau yang sebelum ini dicemari dengan pelbagai isu skandal rasuah, pembunuhan warga Mongolia, serta penyalahguaan kuasa ketika berkhidmat dalam kabinet.

Najib diangkat menjadi PM dalam keadaan politik dan ekonomi Malaysia yang sangat tidak stabil dan ini merupakan satu cabaran buat beliau berbeza dengan Paklah yang di angkat sebagai Mr Clean sewaktu awal pentadbiran beliau sebelum isu-isu kenaikan harga barang dan minyak serta skandal Tingkat 4 membelenggu pemerintahan beliau. Malahan ketika itu juga Dr Mahathir meninggal kan Malaysia dalam keadaan ekonomi dan politik yang agak stabil. Oleh itu adalah wajar pendekatan positive ini di ambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan UMNO yang dilihat semakin hari semakin uzur serta "menopous". 

Persoalannnya lah selama mana pendekatan positive ini bertahan? Adakah hanya ketika dekat-dekat PRK ini dan kembali sedia kala selepas PRK? Mampukah Najib yang berkelulusan ekonomi membawa negara ke arah ekonomi yang lebih mapan dan mantap serta berjaya menarik pelabur luar melabur di Malaysia biarpun pelbagai isu melingkari pentadbiran beliau? Mampukah beliau membendung gejala rasuah dan buruk akhlak dikalangan ahli UMNO dan ahli parlimen?

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat. Ada mata perhati, ada akal fikir.

Wallahualam..............

Thursday, April 2, 2009

Najib PM ke-6: Membenarkan Teori RAHMAN

Tanggal 3 April 2009 merupakan satu lagi tarikh bersejarah rakyat Malaysia di mana rakyat Malaysia menerima satu lagi perdana menteri nya yang ke-6 setelah Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan untuk melantik DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru di mana majlis nagkat sumpah yang dijadualkan berlangsung pada pukul 10.35 am tadi. Upacara angkat sumpah dimulai dengan mantan PM melepaskan jawatan nya sebagai PM serta pengurniaan darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) anugerah tertinggi yang membawa kepada gelaran Tun bersama isteri beliau Jeanne Abdullah, disusuli pula dengan majlis angkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke-6 oleh DS Najib Tun Abd Razak. Majlis angkat sumpah dihadiri oleh 319 tetamu kehormat termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri.

Perlantikan Najib sebagai PM yg ke-6 telah membenarkan teori RAHMAN yang selama ini membelenggu pemikiran rakyat Malaysia dengan meramalkan nama-nama PM Malaysia mengikut huruf depan namanya.

R: Tunku Abdul Rahman

A: Tun Abd Razak

H: Tun Hussien Onn

M: Tun Dr Mahathir

A: Tun Abdullah Badawi

N: DS Najib Abd Razak

Walaupun pada dasarnya ini hanyalah teori semata tetapi di sebalik teori berkenaan kita dapat simpulkan bahawa ini adalah tempoh penguasaan UMNO ke atas Malaysia dan ianya berakhir melalui Najib. Mengapa? Kerana belum lagi Najib dilantik menjadi PM terdapat banyak cerita-cerita buruk mengenai salahlaku beliau termasuk penyalah gunaan kuasa dalam urusan pembelian kapal selam scorpene, kes pembunuhan Altantuya, kisah isteri beliau yang banyak menghabiskan wang rakyat berbelanja di luar negara, cerita mengenai isu CIMB dan yang terbaru rampasan kuasa di Perak bermain-main di media alternatif sekaligus membangkitkan kemarahan rakyat khususnya yang berkecuali dan pro pembangkang. Malahan apa yang lebih mengejutkan media luar juga tidak putus-putus mengeji dan mempersendakan beliau dalam isu kapal selam scorpene berkenaan melalui penulisan artikel dan karikatur.

Keadaan ini telah meletakkan UMNO semakin parah di mata rakyat dan rakyat semakin hari semakin tidak dapat menerima lagi penguasaan UMNO dan mengharapkan kepimpinan yang lebih telus, serta mesra rakyat. Penerimaan Najib sebenarnya boleh dilihat sewaktu pilihanraya di Terengganu yang lepas di mana undian di sana menunjukkan yang beliau tidak lagi diterima oleh rakyat dan pilihan raya kecil yang akan datang ini bakal menjadi kayu pengukur beliau sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan yang baru ini. Sekiranya BN kalah juga di ketiga-tiga pilihan raya kecil ini maka kita sudah boleh agak apa yang akan terjadi pada PRU-13 kelak. Sekiranya ianya menjadi kenyataan ternyata teori RAHMAN itu benar belaka. UMNO berkubur selepas huruf N iaitu Najib.

Wallahualam...............

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes