RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Thursday, April 2, 2009

Najib PM ke-6: Membenarkan Teori RAHMAN

Tanggal 3 April 2009 merupakan satu lagi tarikh bersejarah rakyat Malaysia di mana rakyat Malaysia menerima satu lagi perdana menteri nya yang ke-6 setelah Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan untuk melantik DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru di mana majlis nagkat sumpah yang dijadualkan berlangsung pada pukul 10.35 am tadi. Upacara angkat sumpah dimulai dengan mantan PM melepaskan jawatan nya sebagai PM serta pengurniaan darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) anugerah tertinggi yang membawa kepada gelaran Tun bersama isteri beliau Jeanne Abdullah, disusuli pula dengan majlis angkat sumpah sebagai PM Malaysia yang ke-6 oleh DS Najib Tun Abd Razak. Majlis angkat sumpah dihadiri oleh 319 tetamu kehormat termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri.

Perlantikan Najib sebagai PM yg ke-6 telah membenarkan teori RAHMAN yang selama ini membelenggu pemikiran rakyat Malaysia dengan meramalkan nama-nama PM Malaysia mengikut huruf depan namanya.

R: Tunku Abdul Rahman

A: Tun Abd Razak

H: Tun Hussien Onn

M: Tun Dr Mahathir

A: Tun Abdullah Badawi

N: DS Najib Abd Razak

Walaupun pada dasarnya ini hanyalah teori semata tetapi di sebalik teori berkenaan kita dapat simpulkan bahawa ini adalah tempoh penguasaan UMNO ke atas Malaysia dan ianya berakhir melalui Najib. Mengapa? Kerana belum lagi Najib dilantik menjadi PM terdapat banyak cerita-cerita buruk mengenai salahlaku beliau termasuk penyalah gunaan kuasa dalam urusan pembelian kapal selam scorpene, kes pembunuhan Altantuya, kisah isteri beliau yang banyak menghabiskan wang rakyat berbelanja di luar negara, cerita mengenai isu CIMB dan yang terbaru rampasan kuasa di Perak bermain-main di media alternatif sekaligus membangkitkan kemarahan rakyat khususnya yang berkecuali dan pro pembangkang. Malahan apa yang lebih mengejutkan media luar juga tidak putus-putus mengeji dan mempersendakan beliau dalam isu kapal selam scorpene berkenaan melalui penulisan artikel dan karikatur.

Keadaan ini telah meletakkan UMNO semakin parah di mata rakyat dan rakyat semakin hari semakin tidak dapat menerima lagi penguasaan UMNO dan mengharapkan kepimpinan yang lebih telus, serta mesra rakyat. Penerimaan Najib sebenarnya boleh dilihat sewaktu pilihanraya di Terengganu yang lepas di mana undian di sana menunjukkan yang beliau tidak lagi diterima oleh rakyat dan pilihan raya kecil yang akan datang ini bakal menjadi kayu pengukur beliau sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan yang baru ini. Sekiranya BN kalah juga di ketiga-tiga pilihan raya kecil ini maka kita sudah boleh agak apa yang akan terjadi pada PRU-13 kelak. Sekiranya ianya menjadi kenyataan ternyata teori RAHMAN itu benar belaka. UMNO berkubur selepas huruf N iaitu Najib.

Wallahualam...............

4 comments:

Syammil said...

siapa yang percaya teori rahman sama la orang yang percaya dengan teori darwin..haha

tunku orang tak panggil rahman pun.nama betul mula dengan huruf A bukan R..teori yang salah

hanya Allah yang maha berkuasa..

iTaCHie said...

xda sapa yg percaya cuma dia keadaan telah membenarkan. lagipon pelopor teori ni adalah org UMNO sendiri. so org UMNO 2 lah darwin. malahan teoti ni menjadi pegangan org UMNO sejak ia mula di sebarkan.

Anonymous said...

Siapa disebalik membenarkan teori RAHMAN.....persoalan ...

Syammil said...

kalau nak tau sapa yg cipta tu.try google sndiri k..

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes