RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Friday, April 3, 2009

Langkah Awal Mengembalikan Keyakinan Rakyat


Terkini dari Najib di mana beliau bersetuju untuk membebaskan 13 orang tahanan ISA berkuatkuasa serta merta, mengkaji semula akta ISA serta menarik balik larangan penerbitan akhbar Suara Keadilan dan Harakah dalam usaha menarik semula keyakinan rakyat terhadap pimpinan beliau. Beliau juga menyatakan menggunakan pendekatan berpaksikan keutamaan rakyat dalam pentadbiran beliau seperti yang dinyatakan dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 "Rakyat diutamakan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik. Tiada siapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir".





Permulaan yang baik ini diharap mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pimpinan beliau yang sebelum ini dicemari dengan pelbagai isu skandal rasuah, pembunuhan warga Mongolia, serta penyalahguaan kuasa ketika berkhidmat dalam kabinet.

Najib diangkat menjadi PM dalam keadaan politik dan ekonomi Malaysia yang sangat tidak stabil dan ini merupakan satu cabaran buat beliau berbeza dengan Paklah yang di angkat sebagai Mr Clean sewaktu awal pentadbiran beliau sebelum isu-isu kenaikan harga barang dan minyak serta skandal Tingkat 4 membelenggu pemerintahan beliau. Malahan ketika itu juga Dr Mahathir meninggal kan Malaysia dalam keadaan ekonomi dan politik yang agak stabil. Oleh itu adalah wajar pendekatan positive ini di ambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan UMNO yang dilihat semakin hari semakin uzur serta "menopous". 

Persoalannnya lah selama mana pendekatan positive ini bertahan? Adakah hanya ketika dekat-dekat PRK ini dan kembali sedia kala selepas PRK? Mampukah Najib yang berkelulusan ekonomi membawa negara ke arah ekonomi yang lebih mapan dan mantap serta berjaya menarik pelabur luar melabur di Malaysia biarpun pelbagai isu melingkari pentadbiran beliau? Mampukah beliau membendung gejala rasuah dan buruk akhlak dikalangan ahli UMNO dan ahli parlimen?

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat. Ada mata perhati, ada akal fikir.

Wallahualam..............

0 comments:

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes