RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Monday, December 29, 2008

Hudud

Hudud satu hukum Allah yang menjadi satu asas dalam perlaksanaan hukum Islam terhadap sesebuah negara Islam dengan menetapkan beberapa hukuman keatas pesalah-pesalah hudud seperti sebat, rejam dan qisas. Sebagaimana hukum Islam yang lain seperti sembahyang, puasa, dan zakat ianya wajib ditaati oleh semua umat Islam sebagaimana dalam firman Allah "...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir" [TMQ al-Ma'idah (5):44]. Namun malangnya segelintir umat Islam kini didapati telah menolak hukum hudud bulat-bulat dan menyerahkannya kepada pihak yang lain untuk dilaksanakan tanpa menyedari akan padahnya tindakan mereka itu. Persoalannya mengapa hukum Allah itu ditolak? Apakah salah dan silap nya hukum berkenaan untuk dilaksanakan di Malaysia?Mengapa hanya menyerah kan tanggungjawab perlaksanaan hudud berkenaan pada satu pihak sahaja. Macam mana kita nak kan penerimaan daripada golongan bukan Islam menerima hudud sedangkan orang Islam sendiri yang menolak hudud. Adakah kita berfikir hukum hudud itu kejam dan bersesuaian pada zaman moden ini? Fikir kan lah. Kerana kelemahan sistem perundangan negara yang membelakangkan hukum Allah telah menyebabkan maksiat berleluasa, zina jadi perkara rutin di kalangan anak muda Islam kita, arak di jual di tempat awam, pusat hiburan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, kejadian curi, rompak, samun sana sini berleluasa sehinggakan untuk kita meletakkan kan kenderaan pun terutama motosikal menjadi takut disapu golongan tidak bertanggungjawab,anak haram berleluasa sehingga ada laporan mengatakan anak luar nikah di daftarkan kan di negara ini hampir 80 orang setahun. Apakah kita hendak menunggu bencana daripada Allah barulah kita sedar seperti kata orang tua "sudah terantuk baru nak tergadah". Mahukah kita negara ini dilaknat Allah seperti mana Allah melaknat kaum Pompei, Kaum Luth dan berbagai kaum lagi yang telah Allah binasakan akibat perbuatan melampau mereka??
 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes