RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Sunday, February 21, 2010

BN manifesto







ini ada lah sebahagian menifesto BN yg dilancarkn semasa PRU-12 yang lepas. selama ni kita duk cakap pasal kerajaan pakatan rakyat gagal melaksanakan janji mereka namun di sini kita boleh tengok lah BN apa kurang nya kn. so renung2 kan lah sebelum nak menuduh orang xtentu pasal muhasabah diri dulu. klu BN da laksanakan semua janji nya time menifesto yang lepas baru leh kondem orang lain. kalau tak better ko duduk wat kerja ko, aku duduk wat kerja ak

Saturday, February 20, 2010

10 Benda

Aku da duduk KL ni hampir 5-6 bulan gak la banyak gak la yang dapat dipelajari sepanjang ak tinggal kat sini. di sini ak senaraikan 10 benda yang ak suka dan xsuka pasal KL nih

tak Suka:
a) JEM:
MRR2, jalan loke yew, jalan cheras, jalan ampang, 2 suma jalan yang ak penah lalu time peak hours dan jem nya dahsat memang xde tempat yang boleh lawan jalan2 ni.

b) road condition:
Jalan Ampang, Pandan Indah, Taman Putra, Jalan Jelatek road condition dia memang teruk. namanya kawasan ibu kota. cantik lagi jalan kat serting hilir 2.

c) traffic light:
ni mana2 pon sama tp aku nak highlight kn gak sebab ak xsuka traffic light hahaha

d) Safety:
Rasa cam cuak je nak p mana2 sebab KL ni bukan takat ibu kota ibu rezeki je malahan ibu kepada jenayah. pe2 hal kena berjaga2 la dalam hal ni Alhamdulillah Allah melindungi ak lagi sampai hari.

e) people:
agak selfish dan kuang ajaq cket terutama kat jalan raya. lambat cket kena hon, kena maki. ingat apa nak berlumba hapa. pemandu pon kuang ajar suka men potong jalan ikut suka mak ayah dia je cross jalan sana sini.

f) environment:
jerebu la..ni biasa la KL.malas nak cite la

g) living cost:
nasi sepinggan da 5.50. nak murah kena makan kedai2 yang mencurigakan la macam bawah jambatan ke, bawah flyover ke, sedap murah tapi boleh nampak la tikus berlumba sana sini.

h) bising:
umah ak sebelah bukit tempat diorg selalu main drift keta. malam2 dengar la diorg tarik handbrek bunyi macam nak tercabut brek 2. 2 blom kira g yg keta pasang exsoz sampai besar tong drum bunyik nya memang nak bgtau satu dunia ni bunyi keta dia. pening pale ak tido malam2.

i) parking
bab ni paling ak xsuka. parking benda paling susah nak carik kat kl. klu sapa dapat parking memang di lucky la. bukan takat xbanyak malahan mahal. ari tu aku penah kena parking kat KLCC sampai RM9. cian gf ak bayar hahahaha.

j) TOL
nak elak jem kena msuk tol. tol xnak mahal plak 2. pastu bersepah2 memang la klu nak jenjalan kat KL ni mental dan money kena prepare awal2 klu x boley jadik gile kita di buatnya. AKLEH, DUKE, KESAS, NPE, LDP mcam2 la nama tol yang pelik2 di sediakan dengan harapan memudahkan perjalanan tp sebenarnya memudahkan company tol nak buat duit.

SUKA

a) Aquaria
b) desa water park
c) dekat ngan genting highland
(dalam masa 1 bulan da 4x ak naik genting. last malam td)
d) taman tasik titiwangsa
e) banyak kedai 24hours
f) banyak bangunan pencakar langit yang cantik2 - ak memang suka tengok bangunan
g) orang yang bermacam ragam dan dressup
h) senang nak shopping klu ada duit
i) keluar merayau pukul 3am pon best lg
j) last dan yang paling penting dekat ngan UPM hehehe

Thursday, February 18, 2010

Selepas BN

Selepas 48 jam memerintah ni kerja yang berjaya dilakukan Zambry

IPOH, 17 Feb: Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat membantah keras tindakan kerajaan Perak melalui Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama yang merobohkan kawasan ladang yang telah diusahakan selama 12 tahun di Air Kuning, Perak.

Kawasan tersebut yang terletak berhampiran Taiping berada dalam Dewan Undangan Negeri Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang.

Insiden ini berlaku kira-kira 48 jam selepas Dr Zamry Abd Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini.

Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu telah dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan.

"Kami membangunkan tanah tersebut yan tidak didiami bagi memenuhi hasrat kerajaan yang mahu memajukan sektor pertanian dan penternakan," kata Mohd Salleh Ariffin, jurucakap kumpulan peneroka tersebut.

Pasukan perobohan tersebut dari Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama, dibantu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), polis dari Taiping, JKR Taiping dan jentera dari syarikat Gamuda mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan selama 12 tahun.

"Mereka datang seolah-olah hendak menangkap penjenayah besar. Kami telah membuat permohonan untuk mendapat hak milik tanah termasuk menghantar surat ke Jabatan Perdana Menteri tetapi tidak mendapat respon sehingga kini.

"Mereka memusnahkan semuanya yang kami usahakan termasuk menebang pokok buah-buahan. Adakah ini slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?," kata Mohd Salleh yang turut ditangkap dan digari kerana didakwa cuba menghalang kerja-kerja perobohan tersebut.

Kerugian dianggarkan sekitar RM500,000.00.

Mengulas kejadian ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa dukacita, kesal dan menyampah dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Dr Zamry ke atas rakyatnya sendiri di Perak.

Katanya, tindakan meroboh dengan jentolak dengan bantuan pasukan polis dan FRU ini seolah-olah menyerupai tindakan yang diambil oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine.

"Sepatutnya pihak kerajaan perlu menggunakan kaedah perundingan untuk mendengar permasalahan rakyat dahulu. Saya juga nak ulangi apakah ini dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

"Kita membantah keras tindakan ini dan menuntut kerajaan Dr Zamry memohon maaf dengan pihak yang terbabit dan membayar ganti rugi kepada mereka.

"Kita juga menuntut kerajaan Perak tidak memandang remeh perkara ini dan tidak menjadikan ini sebagai tindakan balas dendam atau sebagainya kerana baru-baru ini mereka juga telah mengeluarkan hak milik kepada pekebun limau bali di Tambun sedangkan di sebaliknya pula ada segolongan lagi rakyat yang telah dizalimi," ujarnya.

Padahnya menyokong ketuanan melayu sudahnya hidup jadik layu macam kayu. Benda ni xde dalam utusan so sapa yang baca UTUSAN Meloya memang xkan tau punya.

Ya Allah selamatkan Malaysia daripada mereka2 yang zalim
 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes