RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Monday, January 25, 2010

HiduP Ini Bagai LaMpu LiLiN

Kita hidup di dunia hanyalah sementara... apa yang ada pada dunia yang dikejarkan ini kerana ianya hanyalah bersifat sementara. tidak kira lah siapa kita pon di muka bumi ini kelak bila ajal menjelang maka yang tinggal hanya 3 perkara yang di bawa ke dalam kubur kelak.

pertama sedekah amal jariah. berbanyakkan lah bersedekah sehingga kerana amalan berkenaan mampu membantu kita di alam kubur kelak. berpesan lah pada saudara mara sekiranya tiba masa kita kelak, gunakan lah duit pemberian orang ramai itu untuk di sedekahkan pada masjid ke, rumah2 kebajikan ke daripada membazir membuat kubur yang indah22 kerana Nabi melarang umatnya menghias kubur malahan menhias kubur ini sebenarnya amalan orang cina ditiru pula oleh orang kita.

keduanya ilmu bermanfaat... sampaikan ilmu walaupun dengan hanya satu perkataan ataupun ayat kerana ada manfaat disebaliknya nanti. kita jangan la kedekut ilmu kerana ilmu ni bukan macam duit yang semakin dikeluarkan semakin habis. jangan terlalu berbangga dengan ilmu yang kita miliki kerana ianya menimbulkan perasaan riak sedangkan riak itu trgolong dalam syirik nauzubillah. apa sangat ilmu kita hanya lah setitis air di lautan berbanding dengan ilmu Allah.

ketiganya doa anak-anak yang soleh. namakan lah anak-anak kita dengan nama yang elok kerana nama itu ibarat doa pada anak berkenaan. jangan lah di namakan mereka dengan nama-nama yang celaka maksudnya kasihan budak itu dewasa dan di akhirat kelak. ajarilah dia dengan ilmu agama jangan terlalu mementingkan ilmu dunia sahaja penting keputusan ujian mereka kerana itu hanya penilaian dunia. tunjukkan pada anak-anak contoh yang baik pada mereka dengan harapan mereka akan mengikuti jejak langkah kita kelak. jangan lalaikan mereka dengan duniawi semata-mata mengajar anak kita menari, menyanyi malahan menggalakkan mereka mencuba nasib dalam program hiburan kerana perbuatan sedemikian hanya la merosakkan diri mereka sendiri.

ini hanya lah secebis nasihat buat tatapan dan pedoman saya dan sahabat yang kebetulan membaca. kita manusia sentiasa melakukan kesalahan oleh itu kita sama-sama la berpesan-pesan pada jalan kebenaran. Wallahualam

Wednesday, January 20, 2010

The Return of Itachi....

Saya kembali setelah sekian lama menyepi tanpa meyebarkan sebarang cerita-cerita panas untuk tatapan semua. Terlalu banyak cerita ingin saya sampai kan sepeninggalan saya selama lebih 6 bulan dalam arena blog ini. Cerita terkini hiburan sensasi.... Nantikan lah kemunculan saya semula.
-The Return Of Itachi-
 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes