RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Tuesday, March 31, 2009

Penghinaan kepada Bakal PM Malaysia

 

Gambar di atas merupakan karikatur yang di petik daripada akhbar The Korean Times di mana menunjukkan imej bakal PM Malaysia yang dihantui oleh roh Altantuya. Persoalannya kini mengapa Najib membiarkan isu beliau yang dihina di serata dunia sekiranya beliau mendakwa yang beliau idak bersalah mahupun terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya. Mengapa tidak di saman sahaja akhbar yang membuat cerita palsu itu? Terdahulu artikel akhbar di Perancis, Liberation mengeluarkan hasil siasatan penulis berkenaan di Malaysia dan menyiarkan kaitan antara Najib dan Altantuya serta pembelian kapal selam. Perkara ini sebenarnya mendapat perhatian diseluruh dunia di mana dunia berminat mengetahui sebuah negara yang mengamalkan prinsip Islam kononnya, negara Islam paling membangun mempunyai bakal pemimpin yang rendah akhlaknya seperti Najib... 

Najib sepatutnya bangkit menentang segala pemfitnah-pemfitnah negara itu dengan menyaman mereka dan berani menyatakan kepada dunia yang beliau tidak terbabit dalam pembunuhan Altantuya bukan dengan hanya berdiam diri membiarkan segala cerita dilelong seluruh dunia sekirranya beliau benar-benar tidak bersalah. Tindakan mendiamkan diri ini telah memalukan Malaysia di mata dunia sebuah negara yang Islam kononnya memiliki pemimpin yang mempunyai skandal pembunuhan warga negara asing. Bukan itu sahaja pada karikatur itu juga terang-terangan menunjukkan bendera Malaysia. 

Kita sebagai warga negara mahukah kita dipimpin oleh pimpinan yang sebegini? Tepuk dada tanya lah selera. Jika benarlah dakwaan mereka itu maka terciptalah sejarah bahawa negara telah memiliki pemimpin yang paling rendah akhlaknya dalam sejarah di mana kes-kes sebelum ni pon da ada (Tunku Abd Rahman tengah main poker masa kejadian 13 Mei, Mahathir dengan isu kuku besi dan diktatorian) cuma kali ini lebih teruk. Pilihan raya di dua bukit dan satu batang (Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Batang Ai) bakal menjadi kayu ukur kepada pimpinan Najib yang akan datang. Keputusan ini akan memberi kesan sama ada rakyat menerima Beliau sebagai PM ataupun tidak (sekiranya pilihanraya kali ini telus tanpa pengundi hantu dan gangguan SPR).

Wallahualam...................

8 comments:

Syammil said...

xperlu layan crta dongeng cmtu..buang masa ja.better focus kt ekonomi..nk kerja pn ssh skg ni

iTaCHie said...

ni ada kaitan ngan ekonomi
bile cite cam2 kuar menjejaskan pelaburan asing masuk
diorg takut akan keselamatan diorg dan perniagaan diorg.
bayangkan klu sesebuah negara 2 PM pon ada skandal pembunuhan belum lg rakyat yg lain.
klu ko bisnes man berani ke nk open bisnes kt negara cam2?
xpasal2 kena bom ngan c4 kg.
so najib kena jelaskan kan kat dunia ataupun meletak jawatan klu benar-benar bersalah

Syammil said...

ada bukti x?

iTaCHie said...

sbb tu najib kena ambik tindakan kat media2 luar negara yg mmburukkan beliau tanpa bukti. mengapa najib berdiam dan menelan sahaja tohmahan tu. beliau kena ingat yang beliau bakal memimpin satu kerajaan yang besar. jika terdapat fitnah2 yg datg beliau kena ambik tindakan seperti yg beliau lakukan pada raja petra. tapi kini najib cuma berdiam seolah2 membenarkan dakwaan media luar berkenaan.

Anonymous said...

Syamil o syamil....
ko tulis citer pasal politik kat blog ko......xpe

zaidy tulis kat blog dia...ko cakap buang masa.

Hipokrit a.........
suka ati dia la...blog dia...
bkn blog pro-bn ko pn

Syammil said...

anon..aku xkata kt zaidy buang masa.aku cakap kat najib xperlu buang masa layan crta tipu cmtu..lawak betul la anon ni

Anonymous said...

ek...xtertulis pn kat atas tu yg ko tujukan utk najib.

Dey...macha.....
berbelit2 la ko ckp...
patut a bbdk ni panggil ko macha pn.

Jangan lupa ko kena wat show geli mat masa dinner nanti..haha

Syammil said...

tudia..bdk bmca rupanya..klu brani guna la nama sendiri time komen..xkn takut kot..

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes