RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Monday, March 23, 2009

Pembunuhan Kebebasan Media Di Malaysia

Baru-baru ini aku mendapat laporan bahawa akhbar Harakah dan Suara Keadilan telah digantung penerbitannya selama 3 bulan berkuatkuasa 23hb March 2009 kerana kesalahan menjualnya di kawasan awam dan berita itu telah di sahkan oleh Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah. Ketika ini beliau sedang cuba merayu kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menarik balik keputusan berkenaan. Kerajaan juga telah menggunakan alasan yang sama merampas akhbar harakah di utara baru-baru ini.

Tindakan kerajaan merampas dan menggantung akhbar Harakah dan Suara Keadilan jelas telah membunuh kebebasan media di negara ini sekaligus meletakkan rakyat berada di dalam kejahilan tanpa sebarang informasi yang tepat kerana semua media massa dan media cetak di Malaysia berpihak kepada kerajaan semata-mata seperti TV3, Utusan, Berita Harian dan sebagai di samping menyembunyikan fakta sebenar bagi mengaburi mata rakyat jelata khususnya bagi mereka yang duduk di kampung-kampung ceruk-ceruk bandar yang tidak memiliki sumber maklumat yang lain selain daripada akhbar-akhbar yang disebutkan di atas. Media di negara di belenggu dengan pelbagai akta yang berjaya mengikat mereka daripada menuliskan kebenaran selain menyampaikan berita-berita palsu kepada masyarakat demi mengaburi mata rakyat supaya mereka dapat memastikan yang BN@UMNO terus berkuasa di bumi Malaysia ini.

Bermulanya era Tuanku Abdul Rahman yang mengambil alih Utusan pada tahun 1961, penciptaan akta media cetak, akta penyiaran dan penerbitan dan bermacam akta lagi la. Sehingga kini rakyat Malaysia sukar mendapatkan kebenaran bagi sesuatu berita yang disampaikan kerana setiap berita itu penuh dengan penyelewengan pembohongan serta pengubahsuain fakta bersesuaian mengikut cita rasa pemerintah. Seperti peristiwa Memali banyak fakta-fakta kes di sembunyikan daripada pengetahuan umum, kes di mana Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) mengatakan isu Tuhan samseng di ulang tayang berulang kali tanpa mendapatkan penjelasan sebenar daripada TGNA, isu tuhan mencarut dan berbagai lagi siri penipuan dilakukan. Sudah nya bagi pihak yang berkecuali dan bukan pro kerajaan mengambil langkah memilih internet sebagi media alternatif bagi mendapatkan sumber informasi dan membuat perbandingan bagi kedua-dua kejadian bagi mencari di mana titik kebenarannya.

Yang pasti manusia mereka boleh tipu tetapi Allah S.W.T maha mengetahui kerana Dia maha melihat. Anda tipu hari ini di sana bersedia lah dengan segala penipuan yang telah anda lakukan

Wallahualam..............................

0 comments:

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes