RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Monday, September 22, 2008

Kebebasan Media

Baru-baru ni kita mendengar berita buruk buat blogger seluruh negara berikutan penangkapan blogger kickdafella, Raja Petra di bawah akta menghasut kerana menyebarkan cerita berunsur hasutan manakala laman web Malaysia Kini pula ditutup perkhidmatannya. Persoalannya di manakah kebebasan rakyat Malaysia untuk bersuara sebenarnya?? Sudahlah media mainstream menulis sesuatu yang memihak pada kerajaan sahaja sekarang rakyat mahu menyarakan pendapat mereka melalui penulisan blog pula ditangkap.

Sebenarnya kebebasan bersuara di negara ini bermula sejak zaman Tunku Abd Rahman lagi apabila beliau meminta Utusan supaya menjadi lidah rasmi buat UMNO. Ketika itu ramai wartawan-wartawan Utusan membantah cadangan PM ketika itu kerana mahu Utusan terus menjadi suara rakyat dan mengkritik dasar kerajaan sekiranya berlaku kepincangan dalam kerajaan mahupun UMNO. Mereka telah mengadakan mogok di luar pejabat Utusan yang diketuai oleh Allahyarham Usman Awang pada tahun 1961 tetapi malangnya pemogok2 berkenaan ditangka dikenakan akta ISA oleh Tunku, dipenjara di Singapura selama 17 tahun dan ada di antara mereka menjadi persona non grata di tanah kelahiran sendiri gara-gara menentang pengambil alihan Utusan oleh UMNO.

Bermula dari situlah kebebasan media disekat sepenuhnya oleh kerajaan sehingga para wartawan menggelarkan hari berkenaan adalah hari kiamat bagi profesion kewartawanan di Malaysia. Lihat sahaja berapa ramai golongan yang mengkritik kerajaan di tangkap, digam malahan kerajaan juga menubuhkan bermacam-macam akta bagi menyekat kebebasan bersuara rakyat antara nya AUKU, akta hasutan dan bermacam lagi. AUKU atau nama penuhnya Akta Universiti dan Kolej Universiti menghalang para mahasiswa, kakitangan Universiti daripada terlibat dengan sebarang aktiviti politik dengan alasan ini akan mengganggu tugas mereka sebagai pelajar. tapi mengikut sejarah kebanyakkan pemimpin terdahulu pun semuanya bergiat aktif dalam politik ketika masih belajar. Tunku sendiri pun bergiat aktif dalam politik sewaktu beliau masih belajar di London dahulu tetapi mengapa kini politik di asing kan pula??? Hal yang sama juga ber laku sewaktu Che Det belajar di kolej perubatan di Singapura dahulu beliau begitu aktif dalam politik menentang British...
Saya xdapat nak memberi sebarang komen di sini kerana ini kerja orang atas. Saya takut jika saya tulis lebih-lebih kang nanti saya dikenakan dengan akta AUKU maka berkecai lah plak harapan mak ayah saya melihat saya bergelar graduan................
p/s: Lu orang pikir la sendiri yeee

3 comments:

Syammil said...

zaidy..sebenarnya AUKU ni dibuat untuk mengelakkan kita daripada terlibat secara aktif dengan mana2 parti politik.dan yang paling penting lagi tidak menyertai mana2 demonstrasi.tu saja..

baru2 ni pun banyak mahasiswa yang menentang dasar kerajaan melalui petisyen dan memorandum.so far xda pun yang dikenakan tindakan dibawah AUKU.

bagi aku,kalau nak membantah dasar kerajaan mesti dibuat dengan cara yang betul.tak semestinya dengan menyertai mana2 parti.

iTaCHie said...

mmang btul mengelakkan daripada mahasiswa dpd terlalu brgiat aktif dgn politik dan mengabaikan pelajaran tapi time bbdak mangkuk uitm wat demo xde plak dpd diorg yg diknakan AUKU. nmpak sgt yg AUKU hya sbagi alat nk mengongkong mahasiswa kita dpd bersuara menentang dsar kjaan. tentang cadangan pembgkang xpa..

Syammil said...

pasal UiTM ni nampak sgt pelik.member2 aku cakap uitm s.alam siap keluar pekeliling lg utk batal kelas ari demonstrasi tu.then bdk2 ni disuruh pkai baju hitam n tggu kat padang.

beberapa hari lepas tu aku dengar berita gov nak amik tindakan kat student2 uitm yang join demonstrasi tu.tapi tak tau la apa dh jadi dgn kes tu arini.

daripada cerita yang aku dapat, orang 'atas' uitm yang suruh buat demo, last2 student yang nak kena.lawak2..

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes