RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Tuesday, September 16, 2008

Harga Minyak turun lagi


Berdasarkan graf kat sebelah ni kt dapt pastikan yang harga minyak dunia turun lagi berikutan kekukuhan matawang US Dolar pada pasaran matawang dunia serta spekulasi mengatakan Venezuela telah meningkatkan jumlah pengeluaran minyak mereka . Penurunan ini memberikan satu berita gembira kerana peningkatan harga minyak yang mendadak menyebabkan peningkatan inflasi seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Dalam hal ini ramai rakyat yang berpendidikan tinggi (SPM sekurang2nye) berfikir mengapa dalam kesibukan peningkatan harga minyak seluruh dunia turut mmberi kesan pada negara kita yang tercinta ini sedangkan kita juga merupakan pengeluar minyak dunia walaupun berada di tangga ke-26 dunia (kalau xsilap lee). Bukan kah peningkatan harga minyak mmberi peluang untuk Malaysia menjana ekonomi kerana orang akan membeli harga minyak kita dengan harga yang mahal dan pulangannya akan kembali kepada kita balik. Sebagai contoh le kan kita ada dusun durian kemudian di umumkan harga durian meningkat mendadak sehingga rm8.00 sekilo, bukan kah ini satu peluang baik bagi kita untuk menjual durian itu dengan harga RM8 sekilo malahan berusaha utk menigkatkan pengeluaran durian kita. itu kita berfikir secara logik nya la. Malangnya kerajaan kita xdapat nak berfikir macam itu. Mereka mendakwa harga minyak dunia naik jadi kita mengalami kerugian dan mengambil langkah yang dikatakan kurang popular menaikkan harga minyak sehingga 78sen kenaikkan tertinggi dalam sejarah (boleh masuk buku sejarah ni) dan mendakwa dgn penjimatan ini kerajaan dapat berjimat sehingga rm 15 billion (wow!!). Kerajaan juga menambah rakyat juga perlu ubah cara hidup mereka sempena kegawatan ekonomi masa kini.

Saya tertarik dgn ayat "rakyat perlu mengubah cara hidup" berkenaan kerana ini membawa saya kepada pembacaan saya pada tulisan Uzt Asri Mufti Perlis dalam Utusan Malaysia menulis mengambil kisah yang berlaku pada zaman kegemilangan kerajaan Islam pada masa dahulu....

Cerita nya bermula apabila pemerintah ketika itu mengarahkan para ulama' mengeluarkan kan fatwa bahawa setiap rakyat wajib mengeluarkan pendapatan masing2 bagi membiayai perbelanjaan perang negara. Memanglah sudah menjadi kewajiban rakyat mmbantu meringankan beban kerajaan serta membantu mempertahankan negara dengan harta mahupun nyawa mereka sendri. Malang nye ulama' pada ketika itu enggan mengeluarkan fatwa dengan menegaskan "mengapakah rakyat yang perlu mengeluarkan pendapatn hasil titik peluh mereka sendiri sedangkan pada masa yang sama pemerintah bersenang-senang dengan wang kerajaan, hidup di mahligai yang indah, permaidani yang mahal2, gundik2, pelayan2, makanan yang sedap2 dan mahal. Sepatutnye pemerintah perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri dahulu hentikan semua kemewahan yang mereka kecapi selama ini sehinggalah mereka dapati masih tidak mampu mmbiayai perbelanjaan perang barulah pemerintah boleh mengarakkan ulama' untuk mengeluarkan fatwa bahawa setiap rakyat wajib mengeluarkan pendapatan mereka pula."

Dalam hal ini kita boleh melihat sedikit kekhilfan pemerintah negara ini.  Mereka mengarahkan para utz2 masuk ke kampung2 bercerita utk mengubah cara hidup dan mengeluarkan cerita2 sedih tentang kepayahan hidup zaman sebelum merdeka dahulu dan berjaya membuatkan pakcik2 atuk2 makcik2 dan nenek2 terharu menitiskan mendgr hujah2 mereka itu. Maka org kampung yang smemang nye sudah lama brjimat dari zaman sblum harga minyak naik terpaksa hidup berjimat lagi. Daripada minum air teh cap harimau mereka tukar minum air teh lambak, kopi lambak, makan ikan kembung mata merah, makan nasi 10kg sebulan, bertukar dpd naik moto pg kerja pda naik basikal Raleigh yang beratnya adalah dalam 50kg sedangkan pada masa yang sma menteri2 mndapat gaji RM5000 sebulan dgn elaun keraian RM5500, serta berbagai2 elaun tah pape lagi tah menjadikan pendapatan pak menteri mencecah sehingga RM 20k/month.2 bru gaji dalm kerajaan blum lagi pendapatn dalam syrikat sendiri yang tah bpe byk lagi tah xdpt saya nak kira lg. Menteri2 juga dapat keta mewah sorg sebijik, pg ofis ada driver, makan di hotel2 mahal, melancong ke luarnegara dan berbagai2 lagi kemewahn yang mereka perolehi melalui hasil pendapatan rakyat si pembayar cukai. 

Ntah le... ak nak komen lebih2 kang msuk ISA plak di tuduh hina kerajaan. Xpela hidup kat dunia ni hanya sementara biarkan la si luncai dgn angan2 nye tu hidup mewah di dunia yang sementara ni sdgkan mereka xtau ke yang tggjwab sbagai pemmpin ni bkan satu benda yang boleh di buat main2 kerana Allah akan menyoal kmbali atas apa yang telah di amanahkan kepada kita selaku pemimpin lebih2 lagi sbagai pemimpin sesebuah negara...........


p.s: harga minyak dunia da turun harga minyak Malaysia ble lagi nak turn????


3 comments:

Mohd Hanif B Md Yusuf said...

ni dh macam geng2 sammil ni..berpolitik ni jer..

Syafiq Samuji said...

what to expect?

politicians live by giving the people opportunities to imagine for a secured better future..

but.. in the end, its their future that is secured

~no harm

Syammil said...

78 sen masuk buku sejarah?jgn harap nk masuk buku sejrh kt sekolah.yg msuk dlm buku sejarah semua hal2 yg baik saja..klu perasan apa yg kita blajar sejarah time sek dlu smua hal yg baik2 berkaitan dgn umno ja.xrasa pelik ka?

bak kata paklah hrga mnyk mybe turun sblm raya.Tun mahathir ckp klu nk trn lagi kena la ada byk election cm yg jd kt prmtng pauh dlu.br hrga mnyk boleh turun..

reformasi dalam UMNO perlu disegerakan untuk Malaysia yang lebih maju, aman dan bersatu..

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes