RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Tuesday, September 16, 2008

Bangsa vs Agama


Apa itu bangsa dan apa itu agama??Bangsa adalah sesuatu yang sememangnya kita warisi daripada ibubapa kita dan ianya bergantung kepada takdir semata-mata dan lebih2 lagi ianya adalah tetap tidak boleh ditukar. Agama adalah satu kepercayaan yang di pegang manusia mengikut pada pemahaman mereka sendiri. Jika mereka berasa Islam adalah agama yang benar maka Islam lah ia begitu juga sebaliknya. Bangsa ada banyak dalam dunia ini malah boleh dikatakan setiap negara di dunia ini di asaskan berdasarkan bangsa dan keturunan mereka. Bangsa Melayu di Kepulauan Melayu (Indonesia), Cina, India, Englishman, Dutchman, manakala agama pula meluas merangkumi seluruh dunia tidak terhad kepada sesebuah negara. Malaysia tidak di asaskan mengikut bangsa kerana rakyatnya yang berbilang kaum sukar menjadikan negara ini sebagai sebuah negara bangsa. Bagaimana pula dengan agama?? Mengikut perlembagaan orang melayu yang di lahirkan berketurunan melayu adalah orang islam. Saya x mahu mempersoalkan perlembagaan yang di tetapkan cuma apa yang ingin saya tegaskan kan di sini mengenai apa yang patut diperjuangkan selama ini di negara ini. Memperjuangkan agama ataupun bangsa ataupun kedua-duanya??? Semangat kebangsaan ataupun keagamaan??

Saya ingin mengambil pendekatan mengenai kes yang berlaku di UiTM di mana pelajarnya sedang sibuk berdemonstrasi membantah cadangan MB Selangor mengenai cadangan membuka UiTM kepada bangsa lain dengan harapan mereka dapat bersaing antara satu sama lain. Mereka menegaskan bahawa UiTM adalah milik orang melayu dan MB Selangor adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Mula-mula saya ingin bertanya apa ada pada bangsa yang kita laung-laungkan selama ini?? Adakah dalam kubur nanti Malaikat akan bertanya apa bangsa kamu? Adakah Allah mengambil peduli apa bangsa kita di Akhirat kelak? Perkara ini yang sering dipersoalkan Tuan Guru Nik Aziz mengenai kesilapan pemimpin negara yang terlalu sibuk memperjuangkan semangat kebangsaan mengikut acuan British serta menolak perjuangan berasaskan agama. Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya terdapat seorang cina beragama Islam yang beliau dapati layak untuk memimpin Kelantan beliau sanggup menyerahkan jawatan MB nya kepada kaum cina terbabit. Islam memang awal-awal lagi menegah supaya kita jangan terlalu membeza-bezakan sesuatu kaum kerana dalam Islam darjat seseorang berdasarkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah bukan berdasarkan kepada bangsa. Sebagai contoh Rasulullah sendiri mengenepikan semangat kebangsaan dengan melantik para sahabat baginda yang terdiri dari pelbagai bangsa menjadi orang penting baginda dalam usaha menyebarkan agama Islam seperti Bilal b Rabah yang berbangsa Habsyi(Ethopia) dari Afrika sebagai pelaung azan Islam yang pertama. Sebenarnya semangat kebangsaan yang sebeginilah sebenarnya menjadi duri kepada perpecahan dalam masyarakat Malaysia. Mereka dengan lantang melaungkan hak mereka dengan mengatakan ini hak kami tanpa mempedulikan perasaan kaum lain malah ada yang begitu lantang mengatakan bahawa kaum lain adalah pendatang dan penumpang di bumi Malaysia ini. Amat menyedihkan kerana api perkauman yang semarakkan oleh golongan tertentu bakal menjurus kepada tragedi berdarah 13 Mei 1969. Saya amat yakin tidak ada satu kaum pun di negara ini yang menginginkan tragedi itu berlaku lagi kerana semua inginkan kehidupan yang aman damai tanpa sebarang persengketaan kerana sudah serik dengan kejadian berdarah itu daripada berulang. Memang semua kaum saling ingin mempertahan kaum masing-masing kerana ini memang sudah menjadi lumrah alam malahan dalam kehidupan binatang sendiri pun saling akan mempertahankan kumpulan masing-masing daripada ditindas oleh binatang lain tetapi manusia Allah telah kurniakan akal di mana persengketaan tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian. Tolenransi itu amat penting dan dalam Islam sendiri telah menunjukkan cara toleransi umat Islam terhadap kaum lain. Contohnya telah pun Rasulullah dan para sahabat tunjukkan pada masa dahulu bukan nya dengan menyekat pembinaan saiz rumah ibadat, menetapkan sesebuah universiti untuk kaum-kaum tertentu. Memang kita boleh berkata yang UiTM adalah dibiayai oleh Mara hasil usaha titik orang melayu tetapi kita kena ingat bagaimana pula dengan universiti lain tajaan kerajaan. Bukankah sebahagian besar pendapatan kerajaan hasil daripada kutipan cukai kaum-kaum bukan bumiputera ini yang sememangnya menguasai hampir 80% ekuiti perniagaan di negara ini? Pernahkah mereka mempersoalkan perkara berkenaan. Bukankah kemewahan Malaysia ini pun hasil daripada syarikat-syarikat milik kaum bukan bumiputera. Cuba nyatakan 20 orang terkaya di Malaysia berapa ramai daripada nya terdiri daripada kaum bumiputera? Ok lah andaikan anda tidak bersetuju mengenai hak bumiputera ok saya pun memahami kerana ini satu isu sensitif dan sememang nya bumiputera berhak untuk dapat hak mereka memandangkan mereka merupakan penduduk asal negara ini dan sememangnya kami bumiputera berhak mendapat hak yang lebih daripada kaum lain tetapi untuk membuka 10% kepada kaum lain sudah dijadikan isu besar bukankah ini satu isu yang sangat kelakar?? 10% bukannya 50% dan bukannya mengikut sistem meritokrasi.... Nampaknya bangsa kita sudah diajar menjadi satu bangsa yang kedekut sedangkan dalam Islam orang yang kedekut maka nerakalah tempatnya.......

Seharusnya kita dalam menetapkan sesuatu perkara kita hendaklah mengikut acuan yang terdapat dalam Al-Quran bukannya mengikut acuan British Lord Reid. Amat kelakar di sini menyatakan agama rasmi negara ini adalah negara Islam tetapi apakah yang dikatakan agama rasmi sebagai agama Islam?? Adakah dengan membina masjid besar-besar boleh dikatakan Malaysia sebuah negara Islam? Adakah dengan dengan memberi ceramah agama di sana sini dengan penceramah mengenakan bayaran tertentu dikatakan Malaysia sebuah negara Islam??

Berbanding dengan semangat ketuanan melayu yang di laung-laungkan pihak-pihak tertentu kita seharusnya berpegang kepada semangat cintakan Allah, Rasulullah serta Islam dan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan kita terutama dalam menangani krisis perkauman yang sedak marak dalam negara ini. Hentikanlah laungan kosong mmpertahankan ketuanan Melayu kerana ia tidak memberi sebarang makna dan ia haruslah digantikan dengan mempertahankan kedaulatan agama  Islam tercinta...


p.s: Hanya Islam yang akan menang akhirnya bukan bangsa melayu, cina mahupun india.....

8 comments:

Syammil said...

10% xbyk??student uitm ada brpa ramai?100K lebih tau..kenapa UiTM yang dijadikan target?mudah..utk pancing undi di prmatang pauh.

kbykan org melayu bkerja kt comp bkn melayu juz stakat pngkat rendah ja.kenapa dia xpersoalkan comp2 bkn melayu ni utk wujudkan kouta 10% utk jwtn ekskutif kpd bumiptra??

aku xsanggup tgk bangsa aku kena hina.maruah bangsa melayu tetap akan dipertahankan biarpun org melayu sndri yg brusaha utk memijak dan mbunuh bgsa sendiri.

islam dan melayu tetap akan dipertahankan..

iTaCHie said...

isu uitm ini mmg satu isu sensitive bg org melayu namun itu cme pndgan ak sja.pada ak kita xperlu takut dgn ugutn bgsa lain nak mmijak melayu di bumi sndr krna di sini kta hidup saling bergantungan org cina xkn brjya tanpa org melayu bgtu juga sblik nya malahn isu itu cme pringkat penyuaraan,dan blum boleh d ktakan cdgn pun sbb itu cma pndpt peribadi sja.cuma apa yang kita perlu risaukan gol2 yg mmbgkitkn api prkaumn dgn alasan mmpertahnkan bgsa kerana sx api itu mnyala utk mmdmnya mngmbil masa yg lama.

p.s: isu perkaumn??? isy2 org duk sibuk isu hrga brg naik hrga myk naik depa dok sibuk isu prkauman. syok sndri....

Syammil said...

sebelum PRK prmtang pauh..mmg diperingkat cadangan dan perlu dikaji dengan mendalam jika ia mahu dilaksanakan bak kata MB Selangor

hari penamaan calon d prmtng pauh..MB selangor serius dan tegas dgn cadangannya mahu membuka kouta 10% kpd non-bumi..

dah lain plak cakap.nk pncing undi ka??truk sgt ka akademik uitm ni??

nnt cari vdeo MB ni time pnmaan calon di prmtg pauh.dia ckp psl 10% ni.br leh dpt info yg BETUL..

bkn suka2 isu prkauman dibngkitkan di penang.apa yg dicakapkan tu ikhlas.melayu penang terpinggir disebbkan org len..

bangsaku dihina,apa salahku untuk membela bangsaku??

iTaCHie said...

pada ak 2 bkan lah satu btk penghinaan sbnrnya krana byk lg btk pghinaan yg lebih dahsyat berbandg isu uitm ttpi xdi nytakn dlm media masa sperti x-MB Slngor mrmpas tnah penduduk melayu kg Berembang, x-MB trgganu idris jusoh mrampas 65156 lot tanh pembrian kjaan pas terdahulu tnpa mgira kaum....inilah bntuk pghiaan yg brlaku ttpi mngapa xde sorg pun yg bngun mmbagkitkan hal ini???

p.s: kuman sebrg laut nmpk gjah dpn mata xnampak.

Sha Wbunny said...

im just an outsider.
trying to put an opinion of my own
aci k.dont hate me for this =p



knape ek.bile isu 10% kuota nk diberikn kt non bumi,people r making a fuss about it.sbb nk pilihan raya?sbb dihebahkn media? atau isu ni diperbesarkn olh pelajar uitm sendiri.or kt sebenarnye bulat2 menerima ape yg ditulis dlm akhbar tanpa menimbang tolak cadangan pihak kedua?

klo isu kuota ni sensetif,knape time mrsm dlu,kuota diberikn pd non bumi,xde yg bising pon.owh,sbb xde pilihan raya?owh sbb dasar tu xdiperknlkn olh MB selangor yg lndasannye,PKR?

owh,time tu bles plk kami2 pelajar mrsm,pejam mata melihat hak kami dirampas olh kaum lain?kmi bisu utk bersuara or suara kami yg kecil ni xsmpai tgi?

isu ini diperbesarkn hnye sbb MB selangor tu ahli PKR,media terlalu berpihak pd kerajaan,ape kerajaan xpernh silap?slh ke mmberi pendapat klo ini benar negara demokrasi.knape suara pembangkang mati2 ditolak keras.ape mereka bkn org terpelajar?

sy melayu,lahir dlm keluarga melayu
bngga jdi anak melayu,dinegara org patriotik ngn semangat melayu malaysia,ditanggung mara yg sememangnye khas buat kaum melayu.biarpon bkn pelajar utim,mungkin org kte
"ah,snnglah ckp.kau ape tahu."

sy xbuta nk menilai.n rasenye,xjatuh lgi maruah melayu andai 10% itu diberikan buat pelajar kaum lain.bukan kita bngsa bersatu?bukan kita berbilang kaum?

and lihatlah utim,prestasi,sosial,
bandingkn dgn university lain,graf bagaimana agaknye?

melayu mudah lupe,and kita pon lupe agaknye yg melayu sering lupe.
mara berhabisan setengah juta seorg buat kami,tp tgklah berapa rmai yg lalai dgn kemewahan duit rakyat.berapa rmai yg dibuang university,kerana prestasi.sape tu?
cina?india? atau melayu?

malu rasenye bile jauh ketingglan dgn kaum2 lain,malu rasenye bile kesenangan xdiguna dgn baik.

memberi peluang pada persaingan bkn menjatuhkn maruah.tp mengingatkn diri yg sering alpa dgn keistimewaan hak kaum.menjadi melayu bukan beerti manja,disuap dibelai.tp memartabatkn kaum,memberitahu,
"kami melayu,kami istimewa tp kami jge hebat"

live never been easier.
then dont act like one

xkn melayu hilang di Moscow
sekian.

iTaCHie said...

ak setuju dgn pendapat little bunny... isu uitm hanyalah helah yg berkepentingan politik dikalangan mereka shja.agak kelaka ble pihak universiti sendiri menyokong tindakan demonstrasi bodoh uitm student yg mmbantah pada sesuatu yang bru dikatakan pda peringkat cadangan. daripada diorg buang masa berdemonstrasi baik diorg pk kan cara nak naikkan graf diorg dan mmnyelesaikan masalah sosial dikalangan student uitm tu sendiri..

Syammil said...

mmg isu kouta ni untuk pancing undi saja.mula2 MB ni cakap slow saja.bila smpi hari pnamaan calon di prmtng pauh,tiba2 dia serius plak.apa crita??

teruk sgt ka prstasi uitm ni?klu x slp, 80% student uitm dpt keja/further stdy after graduate.

time kat mrsm dlu.aku tgk junior2 aku biasa ja pn bila ada 10% stdnt non bumi ni.yang cnfirm stdnt non bumi ni la score time exam.org kita still cam 2 gak.lena dibuai mimpi..

iTaCHie said...

teruk yang dimaksudkan bukan berkisar dari akademik shj tapi juga akhlak, tingkah laku budaya hidup dan bermacam lagi. tapi malangnya uitm kini ibarat satu universiti yang menghimpunkan pelbagai student yang mempunyai latar belakang yang bermasalah. dadah, seks bebas, buang bayi dan bermacam lagi. sedangkan ad 105 non-bumi diorg tetap xberubah inikan pula 100% bumi lagi la bertambah2 harapan nak berubah tu xde. secara logiknya kita tgk area permatang pauh tu sebenarnya majoriri melayu ke cina@india. untuk apa diorg nak pancg undi dgn mennjukkan sesuatu cdangan yg xmenguntugkan org melayu di kawasan parliman yang majoriti melayu?? sebenarnya UMNO yg nak pncg undi dikalangan melayu dgn perbesarkan isu ini sbb diorg da xdemodal nk menawan pengundi melayu di Permatang Pauh.

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes