RSS
Wecome to my Blog, enjoy reading :)

Saturday, September 20, 2008

Hukum Islam... Mengapa ianya di tolak.

Sewaktu PM "kesayangan" rakyat Malaysia melancarkan Islam Hadhari semua rakyat Malaysia terkesima apa itu Islam Hadhari?? Mengapa mesti diwujudkan satu konsep Islam baru dan mengapa konsep Islam yang di amalkan oleh Rasulullah S.A.W tidak diguna pakai. Adakah kerana Malaysia rakyat berbilang kaum?? Zaman keagungan Islam pun penduduknya juga berbilang kaum tetapi mengapa mereka masih mengamalkannya dan tidak pula memperkenalkan konsep Islam yang baru dan pelik.

Kadang-kala kedengaran pendapat mengatakan bahawa sewaktu zaman Rasulullah baginda menjalankan dasar Islam berperingkat-peringkat sehinggalah Islam diterima barulah baginda menjalankan secara keseluruhannya. mungkin betul cakap mereka 2 tapi kita kena faham bhawa Al-Quran itu diturunkan juga berperingkat bukan? Saya nak cerita pasal agama ni xla bagus sangat pun tapi sekurangnya saya menyokong usaha pihak-pihak tertentu untuk menjadikan Islam sebagi dasar perjuangan mereka kerana saya yakin seperti yang Uzt saya beritahu bahawa Allah sendiri memberi jaminan bahawa sekiranya kita mengikut cara yang Allah tetapkan nescaya kita selamat dunia akhirat.

Ada juga sesetengah memberi pendapat bahawa xrealistik... Mengatakan dunia ini kita perlu menguasai ekonomi dahulu barulah prinsip Islam dapat dijalankan. Pelik??? Kuasai ekonomi kemudian baru ambil dasar Islam. Hahahah...... Pada golongan sekularisme seperti itu saya bertanya pernah x kita berfikir kenapa Malaysia ni berasa sungguh tidak selamat?? Nak letak kenderaan pun takut kena curi, nak simpan duit pun kena berhati-hati takut dirompak, anak perempuan takut dibiar berseorang di tempat asing, anak kecil takut dibiarkan bermain bersendirian malahan kita sendiri nak berjalan berseorangan juga berasa takut2 kerana khuatir dirompak atau diperas ugut. Mengapa hal ini boleh berlaku???? Anda semua bijak dan terpelajar tentu faham mengapa hal ini berlaku.... sama ada anda setuju atau tidak dengan jwapan sya terpulang. Kerana kita, kawan-kawan kita, jiran-jiran kita malahan yang paling utama pemimpin kita telah tersimpang jauh lari dari ajaran Islam, ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Mereka lebih mengutamakan prinsip sekularisme dalam kehidupan mereka dan pemerintahan mereka. Dasar sekularisme yang telah British tinggalkan untuk org melayu dan mengasingkan pemerintahan dari agama Islam....

p/s: tepuk dada rujuk Al-Quran, bukak assunnah....

3 comments:

Syammil said...

sebenarnya orang umno sendiri tidak paham dengan prinsip Islam Hadhari ni.sehinggakan bekas menteri sains, teknologi & inovasi sebelum ni, Dato' Jamaludin Jarjis pernah berkata program angkasawan tu sesuai dengan tuntutan dalam Islam Hadhari.

wow..macam agama baru la pulak islam hadhari ni.tapi apa boleh buat.bila dah xpaham semua dah jadi 'Yes Boss'..

iTaCHie said...

2la pasal... ak pun pelik ramai yg pandai2 bertaraf uzt kat Malaysia ni tapi xdak sorg pun yg brani mmpersoalkan Islam Hadhari ni. malah ad pulak antara mereka diupah pleh kerajaan masuk ke kampung2 memesong fikiran rakyat Malaysia terutama gol tua2...

p/s: kesian da pakcik2 atuk2 kita tu no....

Syammil said...

bagi aku tu semua propaganda politik.kononnya kerajaan yang ada ni lebih islamik.dia nak tunjuk yang dia ni lebih beriman dari TDM.

pelopor islam hadhari pun xikut cara islam sebenar.arwah isteri & anak xpakai tudung.amik gambar dengan michele yeoh pn dasyat imam hadhari kita ni.siap peluk pinggang lagi.wow!!!

 
Copyright 2009 ThE ReTuRn OF iTacHI Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Ezwpthemes